Hari ini, Square Enix mengumumkan bahawa Kingdom Hearts Missing-Link, judul aksi RPG berasaskan GPS, akan dilancarkan untuk platform mobile iOS dan Android pada tahun 2024. Pengumuman itu disertakan dengan teaser, yang anda lihat di bawah:
Selain itu, Square Enix juga telah membuka pendaftaran untuk closed beta yang akan berlangsung dalam beberapa bulan akan datang. Malangnya, closed beta pada masa ini hanya dikhaskan untuk penduduk Australia dan United Kingdom, tetapi ramai berharap ujian beta ini akan diperluaskan ke negara lain pada masa hadapan.

Kembali kepada topik utama, naratif Kingdom Hearts: Missing Link berkait rapat dengan francais Kingom Hearts di mana ia berlangsung dalam Scala ad Caelum. Di sini, pemain akan memainkan peranan sebagai protagonis yang boleh diubah suai dan menawarkan dua gameplay berbeza: story mode yang fokus pada misi dan mode GPS berdasarkan interaktiviti bersama dunia sebenar.

Yang menariknya adalah mode “GPS Action RPG”. Dalam gameplay, anda boleh melihat bagaimana pemain perlu mengembara ke seluruh dunia untuk bertarung dan memperoleh ganjaran, tanpa perlu meninggalkan rumah. Anda hanya perlu mengembara secara “maya” menggunakan GPS.
Sekali lagi, pemain akan menghadapi Heartless tetapi memanfaatkan mekanik khas yang dikaitkan dengan penggunaan figura berdasarkan watak-watak daripada siri Disney bagi melancarkan serangan yang kuat.


Menurut kata-kata pengarah Tetsuya Nomura, Kingdom Hearts: Missing Link akan menjelaskan “semua misteri yang ditemui setakat ini” dan akan menjelaskan tentang watak-watak yang paling penting dalam siri ini, seperti Xehanort dan Eraqus.
Kingdom Hearts Missing-Link akan dikeluarkan pada tahun 2024 untuk peranti mobile Android dan iOS. Tarikh keluaran tepat masih belum didedahkan tetapi harap-harap pada awal tahun depan.
Dapatkan segala berita kami tentang francais Kingdom Hearts di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post