Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kingdom Hearts IV Tampil dengan Imej Baharu – Pendedahan Pertama Sejak 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2025
in Action, Artikel, Berita, RPG
0 0
0
Kingdom Hearts IV Tampil dengan Imej Baharu – Pendedahan Pertama Sejak 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 14 Mei 2025, Square Enix akhirnya memecah kesunyian hampir tiga tahun berkaitan Kingdom Hearts IV dengan berkongsi dua imej terbaharu yang mempamerkan dunia permainan utamanya, Quadratum – sebuah bandar fiksyen yang diilhamkan daripada Tokyo, menampilkan versi rekaan Shibuya dan Minami-Aoyama.

Imej tersebut turut memberikan gambaran awal tentang musuh baharu serta gaya serangan Keyblade yang unik dengan reka bentuk rantai kunci tersendiri. Terdapat juga khabar angin mengenai segmen gameplay yang melibatkan Mickey Mouse, walaupun Square Enix belum memberikan sebarang pengesahan rasmi setakat ini.

To our Kingdom Hearts community,

We’re currently working hard on Kingdom Hearts IV and will continue pouring ourselves into the game’s development. We’re dedicated to making this an experience that lives up to your expectations! [1/2] pic.twitter.com/4lbg6l2ErZ

— KINGDOM HEARTS (@KINGDOMHEARTS) May 15, 2025

Game ini diumumkan secara rasmi pada 10 April 2022 sempena acara ulang tahun ke-20 siri Kingdom Hearts, dan telah berada dalam fasa pembangunan sejak Januari 2020 oleh Business Division 3 milik Square Enix yang berpangkalan di Osaka – pasukan yang sama di sebalik Kingdom Hearts III.

Ia sekali lagi diarahkan oleh Tetsuya Nomura, bersama Tai Yasue sebagai pengarah bersama, serta Masaru Oka dan Akiko Ishibashi sebagai penulis skrip.

Pembangunan game ini turut menyaksikan peralihan enjin dari Unreal Engine 4 ke Unreal Engine 5, menghasilkan pencahayaan, pantulan, dan bayang-bayang yang jauh lebih realistik, terutamanya dalam persekitaran bandar Quadratum.

「キングダム ハーツ」シリーズについて、いつも応援いただきありがとうございます。
『キングダム ハーツIV』は現在鋭意制作中です。
皆さまのご期待に沿える作品になるよう、引き続き開発に注力してまいりますので、
今しばらくお時間をいただければと思います。#キングダムハーツ#KH#KH4 pic.twitter.com/FObjBHVuzr

— キングダム ハーツ (@_KINGDOMHEARTS) May 15, 2025

Mengambil latar selepas kejadian Kingdom Hearts III dan Kingdom Hearts: Melody of Memory, Kingdom Hearts IV mengikuti perjalanan Sora yang kini terperangkap di Quadratum, sebuah bandar yang luas dan berpenampilan realistik. Donald Duck dan Goofy kembali sebagai rakan seperjuangan, memulakan misi untuk menyelamatkan Sora.

Kediaman Sora di Minami-Aoyama akan menjadi markas utama dalam game ini, manakala beberapa dunia bertema Disney akan turut dimuatkan – walaupun butiran mengenainya masih belum didedahkan.

Kredit: Square Enix

Game ini mengekalkan gaya pertarungan aksi yang menjadi identiti siri ini, dengan Sora kembali menentang musuh-musuh Heartless sambil mengaplikasikan pelbagai mekanik baharu. Ciri parkour dan pergerakan lincah dari Kingdom Hearts III turut kembali, kini dipertingkatkan dengan penggunaan Keyblade sebagai grappling hook.

Reaction Command yang menjadi kegemaran peminat sejak Kingdom Hearts II juga akan diperkenalkan semula dalam bentuk yang lebih moden, selain kemunculan transformasi Keyblade baharu yang memberikan variasi menarik kepada sistem combat.

Kredit: Square Enix

Walaupun tarikh pelancaran rasmi dan platform sasarannya masih belum diumumkan bersama pendedahan imej baharu, Kingdom Hearts IV dijangka akan hadir ke PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta berkemungkinan ke PC dan Nintendo Switch 2.

Beberapa sumber industri menjangkakan pelancaran seawal tahun 2026, namun ada juga yang menjangkakan 2027, mengambil kira jadual pembangunan Square Enix yang padat, termasuk kerja-kerja pada Final Fantasy VII Remake Part 3.

Buat masa ini, Square Enix kekal berahsia, namun mereka mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas sokongan yang tidak pernah putus dan berjanji akan berkongsi lebih banyak maklumat dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kingdom Hearts IV
ShareTweetSend
Previous Post

Tokyo Game Show 2025 Tampilkan Visual Baharu & Kempen Istimewa!

Next Post

Neverness to Everness Buka Pendaftaran untuk Closed ‘Containment Test’ Beta

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Neverness to Everness Buka Pendaftaran untuk Closed ‘Containment Test’ Beta

Neverness to Everness Buka Pendaftaran untuk Closed ‘Containment Test’ Beta

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd