Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

King of Fighter 98 Ultimate Match – Beri peluang game fighting klasik menyerlah sekali lagi!

safwan by safwan
July 5, 2022
in Artikel, Berita, Fighting, PC, PS4, Steam
0 0
0
King of Fighter 98 Ultimate Match – Beri peluang game fighting klasik menyerlah sekali lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

King of Fighter 98 Ultimate Match merupakan game lama yang mempunyai mekanik berlainan daripada game fighting baru dan moden lebih moden. Mekanik tersebut adalah pengubahsuaian gameplay.

Jika kita lihat pada game Mortal Kombat, ia membenarkan anda untuk mengubah pergerakan dan skill karakter tetapi itu bukan mekanik yang ada pada King of Fighter. Dalam King of Fighter, ia membenarkan anda menukar gameplay karakter melalui mode Advanced, Extra dan Ultimate.

Seiring dengan pengeluaran King of Fighter 98 Ultimate Match Final Edition di PlayStation 4 pada 21 Jun 2022, kami akan menerangkan serba sedikit tentang pengubahsuaian gameplay yang ada pada game ini.

Mode Advanced

Ia merupakan mode paling asas yang sepatutnya ramai pemain tahu semasa bermain King of Fighter. Ciri utama dalam mode ini adalah “rolling dodge” yang membenarkan pemain mengelak “damage” dengan menekan butang “dodge”. Tetapi semasa menggunakannya, anda akan bergerak ke hadapan atau ke belakang.

Namun, dengan menggunakan dodge, pemain terpaksa bergerak daripada kedudukannya. Sama juga seperti “run” dengan menekan ke hadapan dua kali. Anda juga boleh mengisi meter dengan memberi dan menerima “damage”.

Mode Extra

Seperti dalam game fighting baru, ia didatangkan dengan ciri HP di mana semasa “health” karakter rendah dan mula berkelip, anda akan mendapat “super” secara percuma. Dengan cara seperti ini, karakter yang mempunyai “health” rendah pun boleh memberikan perlawanan yang sengit dan mungkin menang jika menggunakan “super” dengan cara yang betul.

Bukan setakat itu sahaja, ia juga akan menukar cara game ini berfungsi. Contohnya, “run” dalam mode advanced tetapi dalam mode extra ia dikenali sebagai “dash”. Ia adalah larian pendek dan tidak lama. Jadi, anda perlu berhati-hati semasa menggunakannya kerana anda akan terdedah untuk menerima serangan di penghujung dash.

King of Fighter 98 Ultimate Match

Dodge dalam mode ini juga berubah dan berlainan daripada mode advanced. Tidak seperti dalam mode advanced, dodge dalam mode ini boleh digunakan tanpa pergerakan karakter ke hadapan mahupun ke belakang. Untuk menggunakannya secara berkesan dan efektif, anda perlu mendapat timing yang betul.

Dengan menggunakan serangan selepas dodge, anda boleh melakukan serangan balas dan menghentikan tekanan serangan lawan dan itulah masa untuk anda memulakan serangan bertubi-tubi kepadanya.

Dalam versi yang terkini, terdapat perubahan sistem meter di mana anda perlu menekan 3 butang serangan untuk mengecas meter anda. Jadi, anda perlu memberikan serangan yang kuat kepada pemain lawan supaya anda memperolehi lebih banyak masa untuk mengecas meter anda.

Mode Ultimate

King of Fighter 98 Ultimate Match

Dalam mode ini, anda boleh menggabungkan kedua-dua mode sekali gus. Contohnya anda suka menggunakan “dodge” daripada mode advanced manakala “dash” daripada mode extra, anda menggabungkannya. Saya boleh katakan yang mode ini memberikan lebih banyak kawalan. Anda juga boleh menutup kelemahan karakter jika pandai menggunakannya. Sudah pasti ini adalah bukan mode yang sesuai untuk digunakan oleh beginner.

Kesimpulan

King of Fighter 98 Ultimate Match

Game fighting moden tidak mempunyai sistem mekanik yang membolehkan anda menukar mode setiap watak yang anda inginkan dan hanya terdapat pada KOF 98 Ultimate Match Final Edition sahaja. Jika, anda berminat untuk mendapatkan pengalaman bermain game fighting lama saya memang akan sarankan KOF 98 ini.

Dengan adanya mekanik seperti ini, setiap mode akan memberikan pengalaman bermain yang sangat berbeza walaupun karakter yang sama. Ia mungkin agak sukar untuk pemain beginner tetapi anda boleh menggunakan mode paling mudah digunakan dan menukarnya kepada mode yang lebih selesa serta mengikut cara bermain.

King of Fighter 98 Ultimate Match

Anda boleh dapatkan King of Fighter 98 Ultimate Match Final Edition di PS4 dan Steam mulai sekarang. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: King Of Fighter 98 Ultimate Match Final Edition
Previous Post

“Jangan rakam Dragon Ball Super: Super Hero” – Toei akan buat tindakan undang-undang jika didapati bersalah

Next Post

ROG dedahkan barisan terbaru ROG Phone 6 berserta harga! Bermula dari RM 3599!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
ROG dedahkan barisan terbaru ROG Phone 6 berserta harga! Bermula dari RM 3599!

ROG dedahkan barisan terbaru ROG Phone 6 berserta harga! Bermula dari RM 3599!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd