Francais besar Onmyoji oleh Netease Games nampaknya akan membuat kolaborasi epik dengan siri Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba yang terkenal, secara khususnya permainan Onmyoji Arena! Permainan ini meraih kejayaan yang besar sewaktu pelancaran, dan meningkat dalam populariti setelah mengadakan pelbagai acara kolaborasi dengan anime popular seperti Inuyasha, Bleach, dan kini Kimetsu no Yaiba.
Kolab ini sebenarnya sudah lama diumumkan oleh NetEase pada 20 Mei tahun lalu tetapi nampaknya baru sahaja hendak bermula pada 7 Februari di server China sahaja. Ia akan menampilkan Tanjiro dan Nezuko sebagai “playable character” di mana anda boleh melihat trailer mereka di bawah:
Sekiranya terdapat 10 juta pra-pendaftaran di halaman acara, semua orang akan menerima SSR Tanjiro secara percuma. Kita tidak ada berita tentang Nezuko, tetapi dia mungkin harus dibeli dengan menggunakan duit dalam permainan. NetEase juga tidak umumkan jika kolaborasi ini akan dilancarkan di luar China, tetapi memandangkan francais Kimetsu no Yaiba sangat popular sekarang, ia pasti akan meraih respon yang tinggi.
Selain itu, kolaborasi ini bukan hanya di Onmyoji Arena sahaja, dan juga hadir akan di Onmyoji, Onmyoji: The Card Game, dan Onmyoji: Yokai Koya. Jika anda salah seorang yang gemar bermain permainan di atas, nantikan banyak acara menarik dalam masa akan datang. Itu sahaja maklumat yang saya perolehi buat masa ini. Kita hanya boleh menunggu dan harap NetEase akan memberi info lanjut secepat mungkin.
Sumber – gamerwk

@gamersantaimy
Discussion about this post