Genshin Impact merupakan game gatcha online free-to play popular mempunyai gameplay seperti The Legend of Zelda: Breath of The Wild. Sebelum ini, Genshin Impact telah menerima ciri peta interaktif dimana pemain dapat melihat di sekitar peta menggunakan tetikus serta membesar dan memperkecil untuk melihat lebih jelas dengan roda tatal di tetikus. Baru-baru ini, terdapat kebocoran maklumat dimana pembangun game tersebut, MiHoYo mungkin akan menambahkan skin untuk watak dalam kemaskini 1.6 Genshin Impact.
https://twitter.com/projectcelestia/status/1390720137393840131?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1390720137393840131%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gamespot.com%2Farticles%2Fgenshin-impact-summertime-skins-rumored-to-be-coming-soon%2F1100-6491220%2F
Maklumat ini telah dibocorkan melalui akaun Twitter Project Celestia, dimana akaun ini pernah mendedahkan pelbagai maklumat awal untuk Genshin Impact seperti karakter dan event baru. Kali ini, akaun tersebut telah berkongsi mengenai skin musim panas untuk karakter Jean dan Barbara. Project Celestia menyatakan bahawa dia mendapat maklumat ini melalui pencarian data terbaru klien, dan mungkin akan dibuang atau diubah bila-bila masa.
Project Celestia telah berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan karakter Knights of Favonius, Jean berpakaian lebih kasual berbanding sebelum ini. Peminat mungkin akan menerima skin Jean memakai seluar pendek dan pakaian yang lebih santai seperti di pantai bertemakan Summertime Sparkle.
https://twitter.com/projectcelestia/status/1390718756830289923?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1390718756830289923%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gamespot.com%2Farticles%2Fgenshin-impact-summertime-skins-rumored-to-be-coming-soon%2F1100-6491220%2F
Selain itu, akaun tersebut juga membocorkan sebuah lagi maklumat dimana adik kepada Jean, iaitu the idol Barbara turut akan menerima skin bertemakan Summertime Sparkle. Gambar tersebut menunjukkan skin akan datang Barbara ialah pakaian tepi pantai.
Buat masa ini, Project Celestia tidak mendedahkan bagaimana cara untuk mendapatkan skin Summertime Sparkle Jean dan Barbara. Dia juga menyatakan perkara seperti ini sentiasa berlaku, jadi pihak pembangun mungkin akan mengubah maklumat tersebut, menjadikannya versi lain semasa dilancarkan dalam kemaskini terbaru Genshin Impact nanti.
Sumber: Gamespot
@gamersantaimy
Discussion about this post