Pada awal bulan Oktober yang lalu, kita dapat lihat pelbagai khabar angin yang mengatakan bahawa terdapat beberapa pemain bola sepak terkenal akan dijadikan Operator dalam Call of Duty Modern Warfare 2. Dan pada hari ini, terdapat kebocoran yang menampilkan Neymar dan Pogba sebagai Operator dalam COD Modern Warfare 2.
Jika lihat dengan teliti, muka kedua-dua pemain nampak sangat terperinci seperti wajah sebenar dan tidak seperti yang ada dalam FIFA. Dengan pakaian seperti ala-ala tentera, mereka berdua nampak sangat sesuai untuk dijadikan Operator dalam game ini.
Memandangkan kita telah melihat Pogba dan Neymar sebagai Operator, mungkin selepas ini giliran Messi pula. Hal ini kerana, dalam senarai yang bocor pada awal bulan Oktober lalu, nama Messi tersenarai terlebih dahulu sebelum Pogba dan Neymar.
Kalau anda nak tahu, Neymar bukan sahaja pemain bola sepak profesional, malah dia juga merupakan seorang gamer tegar yang sering bersiaran langsung di Twitch dengan bermain game FPS.
Call of Duty Modern Warfare 2 telah pun dilancarkan pada hari ini iaitu 28 Oktober 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa ini adalah khabar angin sahaja dan tidak pasti sama ada ianya benar atau palsu. Jadi, ianya terpulang kepada anda untuk mempercayainya. Apa pendapat anda tentang Neymar dan juga Pogba akan menjadi operator dalam Call of Duty Modern Warfare 2 nanti? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post