Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Nintendo bakal mengeluarkan lebih banyak filem selepas Super Mario

safwan by safwan
June 8, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
[Khabar Angin] Nintendo bakal mengeluarkan lebih banyak filem selepas Super Mario
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini terdapat kebocoran di mana ia dikaitkan dengan Nintendo yang berminat untuk masuk ke dalam dunia industri filem bagi jangka masa panjang. Buat masa sekarang, Nintendo sedang bergabung tenaga bersama Illumination bagi menghasilkan filem animasi Super Mario yang bakal ditayangkan pada tahun 2023.

Pengguna Twitter @MichealO2k, dia mengongsikan 3 gambar untuk menunjukkan dokumen hak cipta baharu yang dikaitkan dengan filem Mario yang bakal tiba tahun depan. Jika melihat dokumen tersebut, terdapat dua syarikat yang dibangunkan berikutan filem Super Mario iaitu Nintendo Studio dan M Brothers Productions. Kedua-dua syarikat ini jelas di bawah Nintendo tetapi mereka tidak mendedahkan sebarang maklumat berkenaan syarikat tersebut secara rasmi.

Kewujudan dua syarikat ini menunjukkan yang mereka serius dalam membangunkan filem untuk jangka masa panjang dan bukan hanya satu projek sahaja.

There are copyright records for the Illumination Mario movie, which have the expected companies listed, but there's also new companies: "Nintendo Studios, LLC" and "M Brothers Productions, LLC". Guessing these are the studios Nintendo will be listing their movies under pic.twitter.com/IydjzrkLyH

— MichaelO2k (@MichaelO2k) June 6, 2022

Pada penghujung tahun 2021, Nintendo pernah berkata yang mereka mempunyai harapan dan impian untuk masuk ke dalam industri filem. Mereka juga telah berkata bahawa syarikat itu mempunyai keinginan untuk membuat lebih banyak filem. Walaupun begitu, mereka menjelaskan bahawa Nintendo tidak akan menumpukan perhatian pada filem lain sehingga projek filem Super Mario mencapai jangkaan yang dimahukan.

Ini berkemungkinan besar kita tidak akan mendengar sebarang maklumat tentang filem yang akan dibuat oleh Nintendo pada masa akan datang sehingga filem Mario ditayangkan pada 2023. Sebelum ini, pencipta Super Mario, Shigeru Miyamoto mengumumkan bahawa filem itu akan ditangguhkan sehingga 2023. Filem Super Mario akan menampilkan Chris Pratt sebagai tukang paip yang terkenal.

Nintendo Filem

Saya ingin mengingatkan anda bahawa kebocoran ini masih tidak pasti sehingga Nintendo membuat pengumuman rasmi berkenaan perkara ini. Kini, Nintendo sedang mengusahakan filem pertama Mario Bros bersama Illumination yang akan ditayangkan pada tahun 2023 dan masih belum dapat sebarang maklumat berkenaan filem ini. Jadi, marilah kita sama-sama mengharapkan yang terbaik untuk pasukan pembangunan.

Korang rasa macam mana? Kalau kebocoran ini betul, korang nak Nintendo bawa game apa untuk dijadikan filem selepas Super Mario? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendoSuper Mario
Previous Post

Layers of Fear 3 bakal muncul – entri terkini dalam siri game seram oleh Bloober Team

Next Post

Interview eksklusif MtG: Streets of New Capenna – Perspektif dunia bersama Lauren Bond & Dawn Murin

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Interview eksklusif MtG: Streets of New Capenna – Perspektif dunia bersama Lauren Bond & Dawn Murin

Interview eksklusif MtG: Streets of New Capenna - Perspektif dunia bersama Lauren Bond & Dawn Murin

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd