Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar Angin mendedahkan game Batman seterusnya bernama Batman: Arkham Legacy! Siap dengan Bat Family!

Tiada pengesahan daripada sumber rasmi, jadi jangan percaya dahulu.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 22, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Khabar Angin mendedahkan game Batman seterusnya bernama Batman: Arkham Legacy! Siap dengan Bat Family!
Share on FacebookShare on Twitter

Perhatian kepada semua peminat Batman. Beberapa butiran baru tentang game terbaru Batman oleh WB Montreal mungkin telah bocor online. Menurut khabar angin, game terbaru Batman ini akan dipanggil Batman: Arkham Legacy. Selain itu, ia membolehkan pemain bermain sebagai seluruh Bat Family yang terdiri daripada rakan-rakan Batman seperti Robin, Bat Girl, Nightwing dan sebagainya.

Maklumat ini berasal dari tukang bocor E3 2019, Sabi. Sebab saya ingin berkongsi khabar angin Batman ini  adalah kerana Sabi telah membocorkan hampir semua perkara mengenai E3 2019. Sabi membocorkan segala-galanya tentang pengumuman Microsoft, Bethesda dan Nintendo pada E3 2019. Bukan itu sahaja, tetapi peguam Nintendo berhubung dengan Sabi selepas E3 2019 Nintendo Direct. Jadi YA! Individu ini merupakan sumber yang boleh dipercayai (sekurang-kurangnya sekarang).

https://twitter.com/New_WabiSabi/status/1186204873370456065

Apa yang menarik juga di sini adalah bahawa pengumuman rasmi Batman: Arkham Legacy mungkin akan muncul tidak lama lagi. Ulang tahun Batman: Arkham Origins’ ialah pada 25 Oktober, jadi Warner Bros mungkin akan mendedahkan game baru Batman dalam minggu ini.

Oleh kerana tiada maklumat yang rasmi lagi, saya amat menyarankan kepada semua yang sedang membaca agar jangan percaya bulat-bulat. Warner Bros mungkin tidak akan mengumumkan apa-apa langsung pada 25 Oktober, tetapi kemungkinan untuk sebuah pengumuman amat tinggi. Lagipun, penerbit sudah pon kantoikan game baru Batman pada bulan lepas untuk ulang tahun ke-80 Batman.

Sumber – Twitter@New_WabiSabi

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bat FamilybatmanBatman: Arkham LegacySabiWarner BrosWB Montreal
Previous Post

[Review] Dunia Laptop dan Desktop Gaming digabungkan dengan Asus ROG Mothership!

Next Post

Mortal Kombat 11 tengah sale?? Iya pelbagai Video Games tengah Holloween Sale sekarang di PlayStation Store!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Mortal Kombat 11 tengah sale?? Iya pelbagai Video Games tengah Holloween Sale sekarang di PlayStation Store!

Mortal Kombat 11 tengah sale?? Iya pelbagai Video Games tengah Holloween Sale sekarang di PlayStation Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd