Pada awal tahun ini, dunia anime dan manga kehilangan salah satu mangaka paling prolifik dalam sejarah iaitu Kentaro Miura. Ramai peminat di seluruh dunia sedih atas pemergian beliau sambil tertanya-tanya: “Adakah siri manga Berserk akan diteruskan walaupun penciptanya sudah meninggal dunia?”. Syarikat Young Animal, yang bertanggungjawab untuk penerbitan Berserk, menyatakan bahawa masa depan siri masih belum ditentukan, tetapi ada khabar angin mula tertular di internet yang melaporkan manga akan tamat pada bab #364. Pendek cerita, bab seterusnya yang sepatutnya keluar pada hujung bulan ini mungkin adalah bab terakhir.

Sebelum ini, kita pernah berkongsi bahawa bab seterusnya akan menampilkan poster yang menunjukkan detik-detik terbaik dalam Berserk. Selain itu, ia juga menampilkan bahagian “behind-the-scenes” tentang Miura yang ditulis oleh rakan mangakanya yang lain. Bahagian ini dinamakan sebagai ‘Mesej ke Kentaro Miura’. Kini kita ada info baru dari comicbook.com. Maklumat ini asalnya datang oleh pembocor terkenal @ryokutya2089 yang menjelaskan dia sudah membaca bab #364 dan seolah-olah memberi petunjuk bahawa manga Berserk sah akan tamat.

Berikut adalah dua [] … tetapi kesinambungannya sudah.. (nangis)
Sungguh menyesal dan sedih.
Saya recap balik yang terjadi pada bab #363: kami melihat Guts dan rakan-rakan sedang berehat di Elfheim. Di sini jugalah, mereka berjaya memulihkan Casca yang bertahun-tahun mengalami kegilaan setelah peristiwa gelap yang membunuh semua ahli Band of the Hawk. Akhirnya, Guts boleh berehat tapi pada hujung-hujung bab terakhir, dia didekati oleh “Moonlight Boy”, yang teori kata adalah anak kepada Guts dan Casca. Maka, tamatlah bab tersebut.

Masa depan Berserk buat masa ini masih kabur, tetapi ramai orang mengatakan pembantu Miura akan mengambil alih tugas untuk memberi penamat yang peminat inginkan. Memandangkan siri ini sudah lama berjalan di majalah Young Animal sejak tahun 1980-an dan menerima beberapa adaptasi anime, saya faham ramai yang ingin tahu apa terjadi kepada Guts. Adakah dia akan bergembira? Adakah Griffith akan menakluki dunia? Kita tunggu sahaja nanti.
UPDATE:
Tidak ada keputusan jelas kepada masa depan”Berserk” menurut catatan editor dalam isu Young Animal 18/2021 akan datang.
Bab 364 terakhir yang diusahakan oleh Kentarou Miura telah diselesaikan dengan pertolongan pembantu dari Studio Gaga.
@gamersantaimy
Discussion about this post