Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar angin: Konami mungkin kembali dengan Metal Gear dan Silent Hill yang baru

Maira by Maira
October 5, 2021
in Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Khabar angin: Konami mungkin kembali dengan Metal Gear dan Silent Hill yang baru
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, ada laporan yang menunjukkan bahawa penerbit permainan video, Konami mungkin menghidupkan kembali beberapa IP yang paling disukai oleh ramai gamer walaupun ia sudah lama ketinggalan setelah beberapa tahun.

Laporan itu telah dikeluarkan Video Games Chronicle yang berkata dengan seorang sumber yang tidak ingin dikenali. Penyusunan semula dalam bahagian pembangunan permainan Konami baru-baru ini, nempaknya menghasilkan komitmen baru untuk beberapa fracais paling ikonik pernerbit itu. Siri yang dimaksudkan termasuk Castlevania, Metal Gear Solid dan Silent Hill.

Menurut sumber itu, Konami sudah membangunkan secara dalaman apa yang digambarkannya sebagai “reimagining” dari siri Castlevania. Kita masih tidak tahu apa yang bakal kita dapat dari projek ini tetapi disyaki beberapa studio luaran tempatan memberikan sokongan untuk pembangunannya.

Remake untuk Metal Gear Solid 3: Snake Eater juga dilaporkan dalam pembangunan awal. Francais yang disayangi dan disukai itu telah membuatkan ramai orang teruja, malah sumber itu menyatakan secara spesifik bahawa Konami sedang mengusahakan beberapa permainan Metal Gear Solid yang lain untuk platform moden. Buat masa ini, tidak ada maklumat tentang siapa yang membangunkan kemas kini terbaru ini atau tarikh pelancarannya.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Bukan itu sahaja, permainan horror yang masih dicari-cari peminat, Silent Hill juga dikhabarkan akan kembali pada masa hadapan. Video Game Chronicle menyatakan bahawa terdapat banyak permainan Silent Hill yang sedang dibangunkan di beberapa studio luaran Jepun. Konami berharap untuk melancarkan beberapa projek ini pada tahun 2022, jika jadual mereka tidak terganggu oleh pandemik COVID-19.

Sekiranya laporan itu ternyata tepat, peminat Konami boleh lah bergembira buat masa ini. Entri terakhir dalam francais Metal Gear iaitu Metal Gear Survive pada tahun 2018, merupakan permainan yang mengecewakan peminat dan pengkritik. Manakala francais Castlevania, telah melancarkan Castlevania: Lords of Shadow 2 pada tahun 2014. Beberapa permainan lama francais itu juga telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada Castlevania Anniversary Collection dan Castlevania Advance Collection.

Untuk Silent Hill pula, siri ini telah lama dihentikan sejak permainan PT, sebuah permainan pengalaman seram pendek yang digunakan untuk mengumumkan permainan Silent Hill oleh Hideo Kojima tetapi telah dibatalkan. Khabar angin mengenai kemunculan kembali francais ini telah lama berputar dalam komuniti pemain lagi-lagi peminat Silent Hill. Terdapat juga laporan bahawa Konami telah bekerjasama dengan Bloober Team, sebuah pembangun horror terkenal untuk menghidupkan kembali francais itu. Tetapi pihak Bloober Team telah mengesahkan bahawa mereka tidak terlibat dalam mana-mana projek yang berkaitan dengan Silent Hill.

Jadi kepada peminat Silent Hill dan Metal Gear, korang jangan letak harapan tinggi sangat takut nanti dikecewakan lagi sekali. Tapi kalau laporan yang diberikan itu betul, kita bolehlah imbau kembali pengalaman seram di Silent Hill atau pertempuran yang hebat dalam Metal Gear Solid. Jika anda ingin membaca liputan lanjut mengenai Konami, sila klik pautan ini.

Sumber: VGC, CBR

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: castlevaniakonamiMetal Gear Solidsilent hill
Previous Post

Mobile JRPG That Time I Got Reincarnated as a Slime Isekai Memories nampaknya mendapatkan pendedahan terbaru

Next Post

Netizen Malaysia kini sibuk bermain Squid Game dalam Roblox, trend terbaharu!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Netizen Malaysia kini sibuk bermain Squid Game dalam Roblox, trend terbaharu!

Netizen Malaysia kini sibuk bermain Squid Game dalam Roblox, trend terbaharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd