Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Hero baru Mobile Legends hampir sama dengan watak Arcane “Vi”!

Maira by Maira
November 30, 2021
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
[Khabar Angin] Hero baru Mobile Legends hampir sama dengan watak Arcane “Vi”!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini ada survey mengenai pelepasan hero baru untuk Mobile Legends yang telah dijumpai oleh pembocor data dan reka bentuknya hampir sama dengan “Vi” watak dari animasi Arcane. Selepas melepaskan Hero Valentina, yang mempunyai kebolehan untuk mengambil ultimate musuh, ditemani oleh Phylax, seorang tanker dan marksman yang digabungkan dalam satu hero, Moontoon nampaknya ingin melepaskan seorang hero baru lagi.

Mobile Legends Hero Vi
Sumber: ml leaks

Kebocoran ini dilaporkan oleh ml leaks melalui akaun Facebooknya. Hero baru itu mempunyai rambut merah, dilengkapi dengan senjata yang serupa dengan senjata yang dibawa Phoevus. Ini secara tidak langsung memberitahu bahawa role hero baru ini sama dengan Phoevus iaitu fighter.

Apabila melihat pada gambar yang dibocorkan oleh pembocor, beberapa pemain memberikan komen mengatakan bahawa hero baru Mobile Legends itu mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan “Vi”, salah satu watak dalam Arcane. Siri animasi yang berdasarkan dunia League of Legends itu baru sahaja menamatkan musim pertama di Netflix.

Sumber: Facebook

Pada catatan Facebook itu, komen yang ditinggalkan oleh Ali Fant memberitahu perasaannya mengenai persamaan reka bentuk hero tersebut dengan Vi. “Selepas Arcane dilepaskan, Moontoon pula meniru Vi. Memang game copycat terbaik tahun ini. Apabila ML meminta permainan itu dihormati tetapi mereka masih meniru LoL. Siapa yang ingin hormat jika mereka tidak berhenti meniru game lain.” Ada juga yang menyamakan hero baru itu dengan watak daripada Naruto, Gaara dan selebihnya menunjukkan rasa tidak puas hati mereka mengenai persamaan reka bentuk hero itu dengan Vi.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Perlu diingatkan bahawa ini hanya khabar angin sahaja dan Moontoon masih belum memberikan maklumat rasmi mengenai kebocoran hero Mobile Legends ini. Apa pendapat anda tentang reka bentuk hero ini? Adakah ia sama dengan Vi bagi anda? Boleh tinggalkan komen anda nanti! Untuk segala liputan mengenai Mobile Legends, sila klik pautan ini.

Sumber: gamebrott

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ArcaneheroMobile Legends: Bang BangMoontoonVi
Previous Post

“Kehidupan seorang pelukis komik” – Interview bersama Keith dari Kadokawa Gempak Starz

Next Post

Dari segi populariti, PUBG: New State masih kalah kepada PUBG Mobile walaupun visual lebih canggih

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Dari segi populariti, PUBG: New State masih kalah kepada PUBG Mobile  walaupun visual lebih canggih

Dari segi populariti, PUBG: New State masih kalah kepada PUBG Mobile walaupun visual lebih canggih

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd