Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar angin: GTA 6 dilaporkan ada protagonis wanita!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 12, 2021 - Updated on February 16, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Khabar angin: GTA 6 dilaporkan ada protagonis wanita!
Share on FacebookShare on Twitter

GTA 6 dilaporkan akan mempunyai protagonis wanita, yang merupakan penambahan baru untuk siri Grand Theft Auto. Rockstar Games belum mengumumkan GTA 6 atau mengesahkan bahawa permainan ini dalam pengembangan. Namun, menurut sejumlah laporan, GTA 6 sudah dalam pengembangan untuk PS5, Xbox Series X, Xbox Series S, dan mungkin juga PC.

Sayangnya, tidak ada maklumat lanjut tentang tarikh pelepasan, tetapi laporan baru tentang protagonis permainan telah dibocorkan oleh Tom Henderson, seorang “pembocor” dan pakar industri yang terkenal dengan maklumatnya tentang Call of Duty.

https://twitter.com/_TomHenderson_/status/1348317760506499072

Di halaman Twitter, Henderson baru-baru ini mendedahkan bahawa GTA 6 akan mempunyai protagonis wanita yang boleh dimainkan di samping protagonis lelaki. Di sinilah maklumat itu berakhir dan Henderson pun tidak membocorkan sumbernya. Ia tidak jelas jika permainan mempunyai dua protagonis atau jika pemain harus mencipta seorang watak dan menentukan jantina mereka. Sekiranya Rockstar Games ingin memecahkan tradisi, ini adalah penambahan yang inovatif bagi pendapat saya.

https://twitter.com/Nice_Oranges/status/1348387862396469251

Laporan Henderson telah terbukti boleh dipercayai pada masa lepas, walaupun ia biasanya berkaitan dengan Call of Duty. Walaupun laporan Henderson bukan sahaja terhad pada Call of Duty, perkara ini yang membuat dia terkenal. Saya akan sarankan pembaca sekalian supaya tidak percaya info yang diberi 100% kerana ia belum rasmi. Walaupun laporan itu tepat 100%, kandungan permainan juga boleh berubah.

Ini bukan kali pertama kami mendengar GTA 6 akan mempunyai protagonis wanita yang boleh dimainkan, tetapi, setakat ini, Henderson adalah sumber yang paling dipercayai. Untuk segala liputan kami tentang GTA 6, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: grand theft autogta 6khabar anginprotagonis wanitarockstar games
Previous Post

Kevin Feige mengesahkan ‘Deadpool 3’ Adalah Filem MCU dan “Dinilai R”

Next Post

Re:ZERO Director’s Cut, Scar on the Praeter, EX-ARM kini ditambah dalam senarai Muse Asia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Re:ZERO Director’s Cut, Scar on the Praeter, EX-ARM kini ditambah dalam senarai Muse Asia!

Re:ZERO Director's Cut, Scar on the Praeter, EX-ARM kini ditambah dalam senarai Muse Asia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd