GTA adalah francais besar yang telah dibangunkan oleh Rockstar Games dan kesemuanya menampilkan watak lelaki sebagai protagonis. Untuk GTA 6, mereka lakukan perubahan besar dengan menampilkan watak wanita sebagai protagonis buat kali pertama dalam sejarah game ini.

Bloomberg telah menghubungi sekurang-kurang 20 orang pekerja Rockstar Games mengenai game ini dan diantara mereka berkata yang protagonis GTA 6 akan menampilkan seorang wanita buat kali pertama dan akan digandingkan bersama seorang watak lelaki.
Jadi, dalam GTA 6 anda akan bermain dua watak dalam masa yang sama. Ia sama seperti GTA 5 yang membolehkan anda bermain 3 watak iaitu Michael, Trevor dan Franklin.

Bagi menggambarkan personaliti watak wanita ini, dia merupakan seorang Latino yang banyak terpengaruh dengan perompak bank terkenal iaitu Bonnie dan Clyde. Ini adalah perubahan yang besar terhadap francais GTA kerana sebelum ini watak wanita hanya digunakan sebagai mangsa dan seks sahaja. Jalan cerita GTA 6 akan lebih berhati-hati dengan membuat jenaka “punch down” tentang kaum wanita yang terpinggir dalam game ini.

Selain itu, mereka juga mengesahkan bahawa game ini akan berlaku di sekitar Miami. Pada awalnya, mereka menggunakan peta besar Amerika Utara dan Selatan. Namun, mereka memotong peta tersebut dan menjadikan Miami dan kawasan sekitarnya versi fiksyen.

Bukan setakat itu sahaja, mereka juga mengesahkan yang peta single-player akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, mereka akan menambah misi dan bandar baru secara tetap serta mengharapkan masalah pada penghujung game berkurangan.
Ia juga dilaporkan bahawa game ini akan menampilkan lebih banyak kawasan dalam bangunan daripada game GTA sebelum ini. Disebabkan itu, masa yang diambil untuk membangunkan game ini lebih banyak.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Grand Theft Auto 6 masih tidak mempunyai tarikh rasmi bagi pengeluaran game ini. Apa pun, kita bagi Rockstar sedikit masa lagi untuk bangunkan game itu lebih cantik dan gempak. Apa pendapat korang tentang watak protagonis wanita yang boleh dimainkan buat kali pertama dalam GTA 6? Jom, komen pendapat korang di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post