Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar angin: Beberapa model PS4 mungkin sudah tamat produksi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 4, 2021
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Khabar angin: Beberapa model PS4 mungkin sudah tamat produksi!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan November lalu, Sony secara rasmi melancarkan konsol PlayStation 5. Konsol generasi baru ini meraih kejayaan yang besar, di mana kedua-dua PS5 edisi standard dan PS5 edisi digital habis dijual di seluruh dunia. Walaupun begitu, ini adalah peralihan yang besar untuk bertukar ke PS5 daripada PS4 memandangkan “playerbase” di PS4 masih ramai. Ia menjadi semakin pelik apabila laporan awal memberitahu bahawa Sony mungkin akan menghentikan beberapa model PS4 tertentu.

Dilaporkan oleh pengguna Twitter, Cheesemeister3K, sebuah pengedar Jepun memberitahu pelanggan bahawa sejumlah model PS4 tertentu akan menamatkan pengeluaran. Walaupun hanya satu pengedar yang mendedahkan maklumat ini, implikasinya adalah model PS4 ini akan diberhentikan di seluruh Jepun dengan segera. Model PS4 itu juga tidak akan diisi semula. Model PS4 yang tersenarai termasuk model Glacier White untuk PS4 500GB, 1TB, dan Pro 1TB, serta model Jet Black untuk PS4 1TB dan 2TB.

“Dear customers: due to the manufacturer ending production, the following products will not be restocked.”
・PS4 500GB Glacier White
・PS4 1TB Jet Black
・PS4 1TB Glacier White
・PS4 2TB Jet Black
・PS4 Pro 1TB Glacier White pic.twitter.com/nub3lxcJGX

— Cheesemeister (@Cheesemeister3k) January 3, 2021

Mengapa produksi PS4 ditamatkan? Kemungkinan besar, Sony ingin tamatkan produksi PS4 adalah supaya pengguna boleh beralih ke PS5, tetapi siapalah sangka ia berlaku pada kadar yang sangat pantas. Sony masih belum membuat pengumuman rasmi tentang isu ini, menurut Video Games Chronicle (VGC), tetapi peralihan ini menunjukkan yang Sony ingin menukar sebanyak mungkin pengguna PS4 ke PS5 selagi boleh.

Peralihan pengguna ke konsol generasi baru pun amat berbeza dengan yang lama. PS5 mempunyai fitur “backwards compatibility” dengan PS4, jadi pengguna dapat bermain permainan fizikal mereka di konsol baru. Untuk permainan digital, pengguna dapat memuat turun judul pilihan di PS Store dan kemudian bermain di PS5.

Sumber berita ini bukanlah betul 100%, jadi janganlah terlalu percaya. Tetapi ia mungkin memberi sedikit pencerahan kepada perubahan yang bakal berlaku oleh pasukan PlayStation. Apa-apa hal pun, kita tunggu sahaja berita rasmi untuk jawapan pasti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PlayStation 4playstation 5PS4Sony
Previous Post

Kan dah 2021… Ini antara senarai permainan yang sangat dinantikan tahun ini!

Next Post

Tarikh keluaran DLC pertama dan Trofi Immortals Fenyx Rising terbocor!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tarikh keluaran DLC pertama dan Trofi Immortals Fenyx Rising terbocor!

Tarikh keluaran DLC pertama dan Trofi Immortals Fenyx Rising terbocor!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd