Kamen Rider era Heisei sememangnya banyak sehingga ada dua fasa. Selepas tamatnya Kamen Rider Decade, kita diperkenalkan dengan Kamen Rider W dan diakhiri dengan Kamen Rider Zi-O pada tahun 2019. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenai Kamen Rider era Heisei fasa kedua secara ringkas. Tanpa membuang masa, jom kita mulakan.
* Anda boleh membaca Kamen Rider di era Heisei Part 1 di sini *
Kamen Rider W

Siri ini merupakan permulaan untuk fasa kedua untuk Kamen Rider era Heisei! Dalam Kamen Rider W, kita mengikuti Shotaro Hidari yang bekerja bersama Philip, yang memiliki Gaia Memory untuk menyiasat jenayah yang berkait dengan Dopants. Menggunakan Gaia Memory masing-masing, Shotaro dan Philip menggunakan Doubledriver belt untuk bertukar dan bergabung menjadi Kamen Rider Double, dan melawan Dopant serta melindungi bandar Futo. Tetapi pelbagai perkara dibongkarkan sepanjang penyiasatan mereka termasuklah misteri mengenai masa lampau Philip serta hubungannya dengan keluarga Sonozaki – keluarga yang menjual Gaia Memory.
Siri ini turut mendapat adaptasi sekuel berbentuk manga, anime serta stage play bertajuk Fuuto PI.
Kamen Rider OOO

Kamen Rider OOO mengikuti kisah Eiji Hino, seorang pengembara yang mempunyai masa lampau yang tragik. Apabila Greeed, homunculi berbentuk syiling dibangunkan, lengan Greeed yang bernama Ankh telah memberi Eiji tali pinggang dan tiga Medal untuk bertarung Greeed lain sebagai Kamen Rider OOO. Selepas itu, Eiji dibantu oleh organisasi misteri, Kougami Foundation dalam misinya melawan raksasa Yummy dan Greeed.
Kamen Rider Fourze

Jaranglah francais membuat sekolah sebagai setting utama siri. Tetapi Kamen Rider Fourze memperkenalkan kita kepada Gentaro Kisaragi, pelajar baru di Amanogawa High School. Di sana dia telah bertemu dengan Yuji dan Kengo. Apabila sekolah tersebut diserang oleh Zodiart, Kengo dan kawannya Yuki cuba menggunakan peranti pelik yang dijumpai mereka untuk melawan raksasa tersebut.
Masalah lain pula muncul menyebabkan Gentaro menggunakan peranti tersebut dan bertuakr menjadi Kamen Rider Fourze. Selepas itu, dia telah membuka Kamen Rider Club dan memula mencari kebenaran mengenai Zodiart serta Horoscope, dalang kepada kejadian yang berlaku di sekolah itu.
Kamen Rider Wizard

Sebuah acara misteri telah diadakan semasa gerhana berlaku menyebabkan Phantom dilepaskan ke dunia. Yang terselamat daripada ritual tersebut ialah Haruto Soma, di mana dia telah menerima kuasa mistik dan Wizardriver belt serta Wizard Ring daripada White Wizard, dengan harapan dia boleh melindungi orang sekeliling sebagai Kamen Rider Wizard.
Kamen Rider Gaim

Gaim bagi kami sebuah siri menarik kerana sutnya menggunakan motif seperti buah dan perisai besar. Lebih menarik sekali, perisai tersebut diinspirasikan daripada budaya barat dan China.
Siri ini mengikuti kisah Kouta Kazuraba yang telah meninggalkan krew tariannya, Team Gaim. Dia telah terjumpa Lockseed istimewa dan Sengoku Driver, lalu bertukar menjadi Armored Rider Gaim. Dia bukan sahaja perlu bertarung dengan Inves, raksasa misteri yang datang daripada Lockseed misteri tetapi juga Armored Rider lain untuk menjadi pewaris kepada kuasa Hellheim Forest.
Kamen Rider Drive

Plot siri ini menceritakan tentang bekas anggota polis elit, Shinnosuke Tomari yang telah “dibuang” ke Special Investigation Division setelah berlakunya kejadian yang membuatkan rakan sekerjanya trauma. Kumpulan tersebut ahli-ahlinya akan menyiasat perkara pelik yang berlaku di bandar, terutamanya kepada kejadian “Heavy Acceleration” yang menyebabkan orang tidak boleh bergerak. Shinnosuke dipilih oleh Drive Driver dan Tridoron untuk bertukar menjadi Kamen Rider Drive dan bertarung melawan Roidmudes yang ingin menghapuskan manusia dan menakluki dunia.
Kamen Rider Ghost

Untuk kembali hidup semula, Takeru Tenkuji yang dibunuh oleh raksasa bernama Gamma, perlu mengumpul 15 Ghost Eyecon dalam masa 99 hari. Jika tidak entitinya akan terhapus secara kekal. Dalam perjalanannya mengumpul Eyecon, sudah tentu ada juga raksasa lain yang turut inginkan benda tersebut. Jadi kita melihat perjalanan Takeru yang melawan Gamma sambil mengejar masa.
Kamen Rider Ex-Aid

Bermotifkan game dan medik, kita diperkenalkan kepada sebuah kumpulan doktor yang bernama CR untuk menghapuskan Bugster, sejenis virus yang boleh menukar mangsanya menjadi raksasa. Protagonis kita, Emu Hojo seorang kaki game telah menerima rawatan setelah terlibat dalam kemalangan. Sambil dia pulih, dia telah diberikan konsol game sebagai ganjaran. Disebabkan itu dia berhasrat untuk menjadi doktor.
Selepas berjaya mengeluarkan Bugster daripada pesakitnya sebagai Kamen Rider, Emu telah dibawa ke CR dan bermula misi terbarunya bersama kumpulan tersebut.
Kamen Rider Build

Menggunakan konsep Kamen Rider pertama, Kamen Rider Build memperkenalkan Pandora Box yang telah mengakibatkan tragedi ke atas Jepun. Negara itu telah terbahagi kepada tiga iaitu Touto, Hokuto dan Seito. Kejadian itu juga telah membuatkan raksasa bernama Smash melakukan huru hara di sana.
Ditugaskan oleh kerajaan Touto, Sento Kiryu membantu untuk selesaikan misteri di sebalik Pandora Box dan Smash. Bersama-sama Ryuga,mereka berdua memulakan misi sebagai Kamen Rider untuk membongkar misteri tersebut serta menghentikan Evolto, musuh utama yang ingin menghancurkan planet mereka.
Kamen Rider Zi-O

Entri terakhir untuk Kamen Rider era Heisei. Siri ini mengikuti Sougo Tokiwa, seorang pelajar sekolah yang berimpian untuk menjadi raja selepas bertemu dengan gadis misteri bernama Tsukuyomi. Sougo kini sebagai Kamen Rider Zi-O perlu menghentikan Time Jacker daripada memusnahkan ruang masa serta melindungi Heisei Kamen Rider lain sebelumnya.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Akan datang, kami akan menceritakan pula mengenai Kamen Rider era Reiwa! Untuk membaca liputan lain mengenai tokusatsu daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post