Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ketahui Maksud Simbol Ikonik “S” Superman Apabila Ia Diterbalikkan!

Maira by Maira
January 16, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Komik
0 0
0
Ketahui Maksud Simbol Ikonik “S” Superman Apabila Ia Diterbalikkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak kiralah anda peminat DC ataupun tidak, anda pasti mengenali simbol ikonik “S” pada sut Superman. Kalau anda ingin tahu, “S” pada sut tersebut ada maksudnya tersendiri. Ia bukanlah sekadar “S” untuk Superman tetapi ia juga merupakan simbol Kryptonian yang digunakan oleh keluarga El, yang membawa maksud harapan. Tetapi maksudnya akan berubah kalau simbol tersebut diterbalikkan.

Superman

Perkara ini telah didedahkan dalam komik 52, selepas perkara buruk yang berlaku akibat perbuatan Superboy-Prime yang mengakibatkan kematian Superboy malah Teen Titans juga berpecah. Sedih dengan pemergian Superboy, Cassandra Sandsmark (Wonder Girl) telah meninggalkan Teen Titans dan mula terlibat dengan aktiviti cult yang mempunyai pengaruh besar daripada budaya Kryptonian.

Daripada ajaran tersebut, Cassie telah menghasilkan sebuah Kryptonian Altar di Titans Tower dan berharap agar Superboy boleh kembali semula ke dunia itu. Nampaknya tindakan Cassie adalah tepat apabila detektif Ralph Dibny bertemu dengannya dan mendedahkan sesuatu yang mengejutkan.

Superman

Rupa-rupanya simbol ikonik “S” pada altar itu membawa maksud kebangkitan semula ataupun “resurrection” jika ia diterbalikkan.

Jarang juga kita mendengar tentang maksud simbol S terbalik ini. Ingatkan maksudnya masih lagi kekal sama, kerana ia masih kelihatan “S”. Rupa-rupanya tidak. Bercerita tentang kebangkitan semula, ia sememangnya maksud akal dalam konsep Superman, lebih-lebih lagi daripada komik Death of Superman.

Superman

Dalam siri tersebut, Superman telah diletakkan pada sebuah peranti yang dipanggil “Kryptonian Regeneration Matrix” yang boleh menghidupkannya semula. Peranti itu jugalah yang digunakan untuk mengembalikan Superboy.

Daripada situ, boleh kita simpulkan bahawa Kryptonian mempunyai kepercayaan yang mendalam tentang konsep kebangkitan semula malah mempunyai kepakaran teknologi untuk merealisasikannya.

Apa pendapat anda mengenai pendedahan ini? Boleh kongsikannya di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik lain daripada kami!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 52Simbol SSuperman
Previous Post

Keputusan pertengahan NaruTOP99 didedahkan: #1Minato #2Itachi #3Sakura

Next Post

Kejohanan Dunia M5 akan berlangsung di Filipina, Disember ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kejohanan Dunia M5 akan berlangsung di Filipina, Disember ini!

Kejohanan Dunia M5 akan berlangsung di Filipina, Disember ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd