SYNDUALITY: Echo of Ada merupakan game baharu Bandai Namco yang merupakan sebahagian daripada francais media baharu mereka. Game ini merupakan prekuel kepada siri animenya “SYNDUALITY: Noir”. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan game TPS PvPvE loot shooter yang berpusat kepada manusia dan AI.
Kami berpeluang untuk menemu ramah Produser SYNDUALITY: Echo of Ada, Yosuke Futami dan Direktor, Yohei Kataoka. Tanpa membuang masa, berikut adalah hasil temu ramah tersebut.
Untuk bahagian PvPvE, adakah anda pertimbangkan untuk menghasilkan dua model berbeza yang hanya ada PvE? Kerana ada ramai pemain yang rasa gerun dengan PvP serta pengalamannya.
Untuk mode itu sendiri, kami rasa ia adalah sesuatu yang kami tidak dapat berikan anda jawapan yang adil untuk hari ini. Namun ia bergantung pada saiz pemain, terdapat pelbagai jeni misi yang akan diberikan kepada pemain dan terdapat juga beberapa misi khusus untuk misi berasaskan PvE dan PvP. Jadi kalau anda seseorang yang lebih cenderung ke arah PvE, anda boleh mencari misi yang sesuai dan mungkin kita boleh mempunyai lebih banyak pengalaman PvE.

Adakah terdapat hukuman kepada pemain untuk PvP yang mengganggu progress pemain PvE lain?
Kami rasa untuk game normal, situasi seperti itu selalu berlaku. Walaupun begitu, perbezaan besar untuk game ini adalah anda mempunyai Magus, watak AI yang akan menyokong anda.
Sebagai contoh, kalau anda berdekatan dengan elevator, dan terdapat pemain yang berbeza menunggu untuk menembak anda, Magus anda akan memberi anda nasihat bahawa “ada seseorang di sini”, “ada seseorang di kawasan itu”, jadi ia berbahaya. Jadi mungkin anda perlu mencari kawasan lain untuk anda keluar. Oleh itu, terdapat nasihat untuk membantu anda mengelak tempat berbahaya dan cuba guna laluan yang selamat jika anda mengikut nasihat Magus anda.
Jadi Magus bukan sahaja mempelajari apa yang anda lakukan sebagai pemain, tetapi juga untuk merasakan dirinya. Jadi sebagai contoh, jika ada kawasan yang terdapat ramai orang mati di kawasan itu, jika anda membuka peta sebenarnya ia ditandakan sebagai merah, dan ia dikenali sebagai kawasan berbahaya.

Jenis nasihat itu dan juga sebagai contoh, terdapat tempat di mana sniper, anda akan lihat Magus bemakin agresif memberikan amaran apabila anda ke kawasan berbahaya , dengan berkata “Jangan gerak! Ia akan menjadi sangat sangat bahaya.”
Tetapi sekali lagi, ia bergantung pada cara anda sendiri, jadi jika anda mahu mengikut arahan tersebut boleh sahaja, tetapi jika anda memutuskan untuk mencabar diri anda, anda juga boleh. Jadi ia bergantung pada cara anda meletakkan dirit anda di sana. Sokongan lain yang Magus boleh berikan kepada anda, adalah sebagai contoh seseorang menembak dari jauh, Magus boleh memberi anda nasihat tentang tempat untuk bersembunyi.
Kami cuba berikan keadilan sebanyak mungkin. Jika anda tidak mahu terlibat dengan pemain lain, anda boleh dapatkan sokongan untuk bersembunyi dan cari kawasan selamat untuk anda bawa balik sumber.

Jadi terdapat merit yang lebih baru untuk melakukan penerokaan yang berbeza. Sudah tentu lebih banyak anda meneroka, lebih banyak peluang yang anda dan Magus untuk belajar tentang field, apakah trend semasa dalam kawasan tertentu dalam field.
Sudah tentu dalam eksplorasi ini akan ada risiko. Jadi semakin banyak anda mati di field, ia akan menunjukkan bahawa kawasan itu ramai pemain mati. Oleh itu, terdapat beberapa risiko tinggi, dan pulangan bergantung pada cara anda mendekatinya.
Tetapi sekali lagi, ia bergantung pada bagaimana gaya bermain anda semua. Cara terbaik untuk meringkaskannya ialah belajar bersama-sama tentang cara game ini berfungsi dengan Magus anda, dan semakin banyak pengalaman yang anda terokai, dan lebih banyak tahap sokongan yang anda akan perolehi.

Kami melihat sistem reputation pada game. Adakah ia akan mempengaruhi pemain dalam game? Kami lihat pada build tersedia bahawa ada pemain yang mempunyai mark tertentu.
Sebenarnya terdapat banyak kaitan dengan gameplay itu dikembangkan. Sebagai contoh, jika anda seorang yang berminat untuk membunuh dan mengalahkan Drifter lain, maka anda akan mendapat reputasi seperti “the Rogue”.
Jadi secara keseluruhan, anda semua akan bermula bersama-sama sebagai sebuah organisasi yang berusaha untuk mendapatkan semua AO Crystal sebagai pekerjaan, tetapi jika anda menjadi Rogue, anda pada asasnya akan memisahkan kristal daripada organisasi-organisasi ini, dan apabila anda ditonjolkan sebagai orang itu dan anda tahu bahawa ini adalah orang yang berbahaya, maka mungkin anda harus menjauhinya.
Jadi ia seperti memberikan highlight tentang sifat orang itu dan bergantung pada perkara yang ditunjukkan dalam skrin, anda boleh memutuskan sama ada anda mahu terlibat atau tidak, jadi ia memberikan sesuatu yang lebih daripada parameter lain.

Adakah sistem reputation ini berdasarkan misi yang sedang dilakukan atau ia dipindah daripada misi-misi lain?
Sistem reputation ini tidak akan terjejas bergantung pada misi anda, tetapi lebih kepada penempatan anda.
Adakah pemain boleh jejak semula pemain yang mengambil semua item mereka? Adakah game bersifat neutral atau adakah ia akan digabungkan seperti sistem bounty dalam game?
Berkenaan menjejaki seseorang yang loot barang anda, seperti yang kita boleh katakan hari ini ialah terdapat suatu tempat, beberapa cara untuk anda menemuinya, tetapi mungkin ia berbeza dengan, dan anda sering mencari benda dalam game biasa. Maklumat ini akan dikongsi nanti.
Mengenai perbezaan dalam status, dan pengumpulan bounty, kami akan mempunyai lebih banyak maklumat mengenainya pada masa hadapan, tetapi akan ada merit yang tetap. Merit tersebut bergantung pada status anda, dan reputasi anda. Jadi itulah yang boleh kami katakan buat masa ini.

Adakah terdapat sistem party yang pemain boleh dapatkan sumber, dan membunuh musuh dengan rakan anda untuk mengelak daripada dibunuh oleh pemain lain?
Pada masa pelepasan, apa yang kami cuba lakukan ialah berusaha habis-habisan dengan konsep pemain dan Magus mereka menjalani pengembaraan mereka. Jadi selepas pelepasan kami tidak menjangkakan untuk mengadakan party seperti itu pada masa ini. Apa yang kami mahukan pemain alami untuk kami, adalah untuk memiliki Magus mereka sebagai pasangan mereka, pergi bersama-sama untuk mencari segala-galanya.
Walau bagaimanapun, contohnya apabila anda melakukan online raiding, anda berjumpa dengan pemain lain yang melakukan kesalahan. Apabila anda melakukan interaksi, dan anda memutuskan untuk bekerjasama, akan ada sesuatu yang anda boleh lakukan secara teknikal sebagai co-op, tetapi ia bukan seperti anda membuat parti dan anda melakukannya sendiri. Tetapi anda memasuki field dan kemudian apabila anda bertemu seseorang secara kebetulan, anda boleh meminta mereka untuk bekerjasama dengan anda. Tetapi jika mereka tidak mahu, anda boleh menembak mereka. Inilah cara anda boleh bekerjasama.

Tentang anime, terdapat mecha baru seperti Gyobo. Adakah kita akan melihatnya dalam SYNDUALITY: Echo of Ada?
Jadi daripada segi watak dan perbezaan seperti pilihan kreatif dalam anime. Adakah ia tersedia dalam game? Apa yang kami boleh katakan adalah, sila lihatnya. Jadi akan ada beberapa persamaan daripada segi apa yang anda mungkin lihat dalam anime, hanya boleh muncul dalam game juga, kerana secara teknikal ia adalah dunia yang sama cuma berbeza jangka masa.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Terima kasih banyak-banyak kepada Yosuke Futami dan Yohei Kataoka kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan berikut. SYNDUALITY: Echo of Ada akan melepaskan lebih banyak maklumat baharu semasa Tokyo Games Show 2023. Jadi kita nantikannya ramai-ramai. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post