Berita sedih untuk peminat siri! Nampaknya kisah Tanjiro dan adiknya, Nezuko, akan berakhir dengan isu 205 Kimetsu No Yaiba dilaporkan menjadi babak terakhir dalam siri ini! Peminat pasti terkejut kerana penamat salah satu siri manga/anime terkenal di seluruh dunia muncul dengan begitu cepat, setelah popularitinya naik dengan mendadak. Tanjiro dan Nezuko akhirnya akan mengakhiri perjalanan untuk membalas dendam demi keluarga mereka dan temui penawar untuk hapuskan pengaruh Demon di dalam badan Nezuko.
Adapatasi anime telah habis menayang musim pertamanya dan filem akan datang yang menyambung jalan cerita menyaksikan wira-wira kami di atas “Infinity Train“. Ufotable membantu siri ini mendapat populariti di kalangan peminat berkat animasi yang kemas dan cantik untuk menggambarkan pertempuran hebat yang berlaku dalam siri Kimetsu no Yaiba.
Twitter WSJ_Manga mengambil gambar daripada isu Kimetsu no Yaiba akan datang iaitu 204. Isu ini menyatakan bahawa bab berikutnya akan menjadi babak terakhir untuk pengembaraan Tanjiro dan rakan-rakan:
Kimetsu no Yaiba will be ending on Chapter 205 (Issue #24) with a Color Page & 24 pages. pic.twitter.com/3UOr4rU0Op
— Shonen Jump News (@WSJ_manga) May 6, 2020
Siri anime masih belum mengesahkan musim keduanya, tetapi ramai menjangkakan ia akan berlaku kerana IP Kimetsu no Yaiba yang besar. Pasti menarik untuk melihat jika studio akan membuat “filler” untuk memenuhi jalan cerita anime popular ini. Walaupun saya tidak dapat mengira berapa banyak musim mereka akan hasilkan untuk anime, saya boleh membayangkan sehingga dua atau tiga maksimum. Manga mungkin akan berakhir, tetapi adakah sekuel atau spin-off akan muncul untuk menumpukan kisah pada watak yang berbeza di dalam siri siri?
Apakah pendapat anda selepas melihat bahawa Kimetsu no Yaiba akan berakhir? Kongsi pendapat anda di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post