Genshin Impact memang kita tahu ada sistem gacha yang tersedia untuk pemain mendapatkan karakter yang mereka inginkan. Anda juga boleh membeli battle pass untuk mendapatkan sumber lebih dalam game tersebut. Baru-baru ini, seorang bapa di Singapura terpaksa menanggung hutang yang tinggi, gara-gara anak perempuannya yang membuat pembelian dalam Genshin Impact.

Lim Cheng Mong, yang bekerja sebagai pengurus produk di sebuah syarikat Jerman, pada mulanya hairan apabila pihak bank telah menghubunginya memberitahu bahawa dia mempunyai hutang kad kredit lebih daripada S$20,000 (anggaran RM61,936) yang tertunggak berkait dengan 89 transaksi misteri dibawah namanya. Dia berfikir dia telah ditipu tetapi syarikat bank itu menyatakan bahawa semua transaksi tersebut adalah sah.
Jejak pengebilan misteri itu mambawa kepada akaun Grab anaknya yang berusia 18 tahun. Kad kreditnya terikat pada akaun tersebut untuk menampung perbelanjaan pengangkutannya. Tetapi tanpa pengetahuannya, remaja tersebut telah menyambung e-walletnya pada game mobile, Genshin Impact dan telah berbelanja dari Ogos sehingga Oktober untuk upgrade watak dalam akaunnya.

Anak perempuan Lim, seorang pelajar di sekolah International Baccalaureate, akan membelanjakan sehingga S$300 (anggaran RM929) untuk membeli item dalam game. Dengan setiap pembelian, dia berharap untuk mendapatkan item yang akan meningkatkan wataknya. Atas sebab ini, Genshin Impact telah diharamkan di negara seperti Belgium, yang melihat mekanik “gacha” seperti satu bentuk perjudian.
Lim sejak itu telah memperoleh semula sekitar S$10,000 ( anggaran RM30,968) daripada bank pengeluar kad kreditnya, yang menurutnya dilakukan atas budi bicara mereka. Dia mengingatkan anak lelakinya yang berusia 21 tahun yang juga gemar tegar mengenai risiko berbelanja dalam talian dan berkata dia tidak akan membantu anaknya membayar servis game dalam talian.

Kisah ini semakin lama menjadi lebih biasa apabila ramai anak muda terdedah dengan transaksi digital dan yang menerima padahnya ialah ibu bapa. Ini betul-betul membimbangkan ramai ibu bapa mengenai perbelanjaan anak mereka dalam game. Syarikat yang berurusan dengan pembayaran digital kini memberi amaran kepada ibu bapa untuk meletakkan notifikasi pada e-dompet mereka untuk memantau perbelanjaan anak mereka.
Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Harap-harap ramai orang akan lebih peka mengenai perbelanjaan untuk game dalam talian. Beberapa bulan lepas juga, mufti telah melepaskan siaran mengenai hukum gacha menggunakan wang sebenar. Untuk liputan lanjut mengenai Genshin Impact, sila klik pautan ini.
Sumber: The Star
@gamersantaimy
Discussion about this post