Tahun ini banyak sahaja syarikat serta studio besar yang mula mengecilkan bilangan pekerja mereka kerana tekanan ekonomi. Baru-baru ini, dilaporkan bahawa studio Lucasfilm Singapore pula telah menutup operasi mereka di negara tersebut atas sebab yang sama. Hampir 20 tahun studio tersebut bertapak di Singapura sebelum penutupannya tahun ini.

Industrial Light & Magic (ILM) yang merupakan studio kesan khas dan animasi Lucasfilm mempunyai lebih daripada 300 orang pekerja dua Singapura. Menurut CNA, studio itu telah pun beroperasi sejak 2006 dan diasaskan sebagai Lucasfilm Animation Singapore pada 2004 untuk penghasilan siri animasi Star Wars: The Clone Wars.

“Dalam beberapa bulan akan datang, ILM akan menyatukan jejak globalnya dan menutup studio Singapuranya kerana faktor ekonomi yang mempengaruhi industri,” kata Disney.
“ILM memberi pekerja notis sebanyak mungkin dan menawarkan peluang untuk berpindah ke salah satu studio syarikat yang sedang berkembang.”
“ILM akan bekerjasama dengan komuniti perniagaan tempatan di Singapura untuk menawarkan pameran kerja dengan syarikat yang dikenal pasti memerlukan bakat dengan set kemahiran yang serupa,” tambah Disney.

Pada Februari yang lalu CEO Disney Bob Iger telah pun mengumumkan bahawa syarikat besar itu akan mengadakan penstrukturan semula, dan ini telah mengakibatkan lebih daripada 7000 kerja dikurangkan. Ada kemungkinan besar penutupan studio Lucasfilm Singapore ini juga salah satu daripada rancangan tersebut. Harap-harap semua pekerja berbakat di studio itu dapat menemui tempat baharu nanti.
Untuk mendapatkan berita menarik lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post