Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kerana boleh bermain game sambil memandu, kereta Tesla kini di bawah siasatan kerajaan AS

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 24, 2021
in Artikel, Berita, Teknologi
0 0
0
Kerana boleh bermain game sambil memandu, kereta Tesla kini di bawah siasatan kerajaan AS
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang tidak tahu, kereta Tesla mempunyai kebolehan untuk bermain game kerana dilengkapi dengan teknologi gaming yang canggih sehingga boleh menjalankan judul AAA seperti The Witcher 3 dan Cyberpunk 2077 di sesetengah model. Walaupun sangat mengagumkan, ramai rakyat Amerika Syarikat risau akan keselamatan mereka di jalan raya. Selepas menerima aduan, NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) kini sedang menyiasat sejumlah kereta Tesla untuk melihat sama ada benar ia boleh bermain game sambil memandu dengan selamat.

Video games at the wheel: New Tesla tech lets owners play while they drive  | Daily Mail Online

Secara lebih khusus, kerajaan AS sedang menyiasat lebih dari setengah juta kereta Tesla. Menurut aduan yang difailkan pada Ogos, ciri seperti bermain game dan melihat internet boleh diaktifkan semasa memandu. Walaupun pilihan ini hanya ditujukan untuk penumpang, pemandu secara tidak langsung pun memiliki akses di mana perkara ini boleh menyebabkan gangguan semasa memandu kenderaan.

Penyiasatan awal oleh ODI (Office of Defects and Investigations) akan melihat anggaran 580,000 kenderaan Tesla, termasuk Model 3, Model S dan Model X, model antara tahun 2017 dan 2022 dengan fokus pada fitur Passenger Play.

Seperti saya kata tadi, pilihan itu hanya boleh digunakan oleh penumpang, tetapi ramai yang bimbang ia masih akan mengganggu perhatian pemandu. Siasatan ini adalah untuk menentukan sama ada Passenger Play boleh mengakibatkan peningkatan pada purata kemalangan.

Baru-baru ini, Tesla merancang untuk menambah lebih banyak game melalui model kereta baru lalu bekerjasama dengan SEGA untuk membawa game platformer klasik “Sonic the Hedgehog” ke kenderaannya. Antara game lain yang terdapat dalam kereta Tesla terdiri daripada Stardew Valley, Cuphead, Fallout Shelter dan lain-lain.

Tesla's Model S refresh includes a built-in 10 teraflop PC gaming rig -  NotebookCheck.net News

Apa pendapat anda? Jom kongsikan pendapat bersama saya di ruang komen.

Sumber – NY Times

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: amerikaGameKeretatesla
Previous Post

Jepun akan membuka sekolah Esport pertama!

Next Post

Guillermo Del Toro menidakkan khabar angin mengenai game terbaru Silent Hill!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Guillermo Del Toro menidakkan khabar angin mengenai game terbaru Silent Hill!

Guillermo Del Toro menidakkan khabar angin mengenai game terbaru Silent Hill!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd