Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kepulangan Sebuah “Cult Classic” – Mengapa RAIDOU Remastered Wajib Dicuba!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2025
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Remastered, RPG, Steam, Tajaan, Xbox Series X|S
0 0
0
Kepulangan Sebuah “Cult Classic” – Mengapa RAIDOU Remastered Wajib Dicuba!
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia Shin Megami Tensei sememangnya sinonim dengan tema gelap serta combat taktikal bersama demon, namun ada satu siri yang pernah berani lari daripada kebiasaan. Kini, dengan kehadiran RAIDOU Remastered: The Mystery of The Soulless Army, game unik dalam keluarga SMT ini akhirnya menerima nafas baharu yang sangat layak dinantikan.

Ia membuktikan bahawa idea luar kotak boleh menyerlah apabila dilaksanakan dengan tepat.

Kita diperkenalkan dengan Raidou Kuzunoha, seorang detektif yang beraksi dalam latar Jepun fiksyen era 1930-an, menggantikan dunia pasca-apokalips yang sinonim dengan SMT. Sistem pertempuran turn-based turut diganti dengan aksi masa nyata yang lebih segar.

Selepas bertahun-tahun desakan peminat, versi remaster ini akhirnya direalisasikan… sebuah penghargaan buat salah satu entri paling unik dalam sejarah Shin Megami Tensei.

Devil Summoner yang Memulakan Segalanya

Sebelum nama Persona dikenali ramai, siri Devil Summoner telah terlebih dahulu membuka jalan sebagai spin-off utama pertama dalam dunia Shin Megami Tensei. Namun dalam sub-siri yang sememangnya sudah unik ini, siri Raidou tampil lebih menonjol – seolah-olah keluar daripada kebiasaan.

Berlatarbelakangkan era Taisho versi fiksyen Jepun sekitar tahun 1930-an, game ini menggabungkan elemen penyiasatan dengan kebolehan memanggil demon dalam satu gabungan yang belum pernah diterokai oleh francais ini.

Cutscene | Kredit: ATLUS

Watak utama bukanlah sekadar protagonis biasa. Raidou Kuzunoha XIV ialah gelaran yang diwarisi, bukan nama sebenar. Hanya mereka yang berjaya melepasi ujian keras layak memegang nama ini, dan dia adalah individu ke-14 yang menyandangnya.

Tanggungjawabnya? Melindungi ibu kota Jepun daripada ancaman ghaib, sambil menyembunyikan identitinya dengan menyamar sebagai seorang detektif dan pelajar sekolah menengah.

Cutscene | Kredit: ATLUS

Siri ini bermula dengan Raidou Kuzunoha vs. The Soulless Army pada tahun 2006 di Jepun, diikuti pula dengan sekuelnya yang jauh lebih hebat, Devil Summoner 2: Raidou Kuzunoha vs. King Abaddon, pada tahun 2008.

Walaupun game kedua menerima pujian meluas, game pertamanya berdepan beberapa masalah dari segi gameplay yang menghalang sepenuhnya potensi uniknya. Inilah sebabnya remaster kali ini sangat bermakna, ia akhirnya memberi peluang kepada game pertama ini untuk benar-benar bersinar sebagaimana yang sepatutnya sejak awal.

Lebih Daripada Sekadar Salutan Baru

Jangan terpedaya dengan rupa luarannya yang mungkin nampak biasa – RAIDOU Remastered bukan sekadar naik taraf grafik semata-mata, sebaliknya ia dibina semula hampir sepenuhnya dan hampir layak digelar sebagai sebuah remake.

Pihak pembangun mengambil pendekatan yang berhati-hati, mengekalkan semangat asal permainan sambil memperbaiki segala aspek yang sebelum ini kurang memuaskan.

Ia bukan saja menggabungkan maklum balas daripada versi asal dan penambahbaikan yang diperkenalkan dalam King Abaddon, malah turut menambah baik ciri-ciri kebolehcapaian, terutamanya dari segi kualiti hidup (quality-of-life) yang lebih sesuai dengan standard gaming moden.

Visual

Sekali pandang, grafik RAIDOU Remastered mungkin kelihatan tidak jauh beza daripada versi asal, namun hakikatnya hampir setiap elemen visual telah diberi sentuhan baharu. Daripada model 3D watak, adegan sinematik, reka bentuk peta, hinggalah ke UI, semuanya dikemaskini dengan teliti.

Gabungan elemen ini memberikan nafas baharu kepada game, sambil tetap mengekalkan identiti klasik siri Raidou yang dihargai peminat.

Dialog | Kredit: ATLUS

Antara perubahan terbesar ialah peta dunia. Jika dahulu latar belakang pre-rendered digunakan, kini pemain boleh menjelajah pelbagai kawasan ibu kota dalam persekitaran 3D sepenuhnya, menjadikan pengalaman eksplorasi lebih mendalam dan imersif.

Eksplorasi | Kredit: ATLUS

UI juga diberi sentuhan moden, tampil lebih bergaya dan kemas, sejajar dengan gaya visual Atlus yang sudah dikenali. Reka bentuk asal masih menjadi asas, namun terdapat penambahbaikan yang membuatkan setiap menu dan elemen terasa lebih mesra pengguna dan menarik dipandang.

Peta | Kredit: ATLUS

Satu lagi peningkatan yang ketara ialah sistem kamera baharu yang lebih dinamik. Kini, pemain boleh menikmati dunia permainan dengan sudut pandang yang lebih luas dan bebas ketika menjelajah.

Fungsi ini turut dibawa ke dalam sistem combat, di mana kamera kini boleh dikawal sepenuhnya dalam pandangan 360 darjah – menjadikan pertempuran bukan sahaja lebih lancar, tetapi juga lebih selesa dan menyeronokkan untuk dimainkan.

Combat

Inilah bahagian di mana RAIDOU Remastered benar-benar menyerlah. Dengan pengalaman yang lebih matang, pembangun berjaya mempertingkat sistem combat secara menyeluruh, menjadikannya jauh lebih mantap berbanding versi asal.

Secara asasnya, game ini masih merupakan RPG aksi masa nyata, di mana Raidou bertarung bersama demon dari pelbagai jenis dalam dunia Shin Megami Tensei. Namun, versi asalnya pernah dikritik kerana sistem combat Raidou yang kurang variasi, menjadikan aksi terasa berulang dan kadang kala menjengkelkan.

Combat | Kredit: ATLUS

Jika dibandingkan secara ringkas, terdapat beberapa penambahbaikan ketara. Paling jelas ialah rentak pertempuran yang kini lebih pantas serta animasi serangan yang jauh lebih menarik. Tetapi peningkatan sebenar terletak pada penambahan mekanik baru.

Antara ciri baru yang diperkenalkan termasuk mod tembakan manual dengan pistol Raidou, sistem lock-on, fungsi MAG Drain untuk memulihkan MP secara lebih fleksibel semasa bertarung, dan Summoner Skill yang membolehkan Raidou mengakses pelbagai abiliti serangan elemental baharu.

Combat | Kredit: ATLUS

Kemampuan Raidou turut diperkukuh dengan gerakan baru yang hebat seperti Devil’s Bane, iaitu finisher yang boleh diaktifkan apabila pemain berjaya mengelak serangan musuh dengan masa yang tepat, serta Spirit Slash, serangan gaya ultimate dengan animasi yang sangat cantik.

Fokus jelas diberikan untuk menjadikan pengalaman bertarung sebagai Raidou lebih menyeronokkan, apatah lagi kini pemain boleh menetapkan dan mengakses semua slot kemahiran penting dengan lebih mudah semasa pertempuran.

Skill | Kredit: ATLUS

Lebih menarik lagi, Raidou kini mampu membawa dua demon sekaligus ke dalam medan pertempuran, berbeza dengan versi asal yang mengehadkannya kepada satu sahaja.

Ini menjadikan peranan Raidou sebagai Devil Summoner lebih efektif dan menyerlah, sekaligus membuktikan bagaimana sistem combat aksi boleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam dunia SMT.

Salah satu tambahan paling ketara ialah pengenalan kamera bebas semasa bertarung, membolehkan pemain melihat sekeliling dengan lebih jelas dan mengawal kedudukan serta sasaran dengan lebih tepat. Ia mungkin nampak seperti perubahan kecil, tetapi kesannya besar: menjadikan setiap pertarungan terasa lebih lancar, dan strategik.

Peningkatan Kualiti Hidup

Remaster ini turut diberi perhatian serius dari segi aspek quality of life, khususnya bagi memastikan ia memenuhi keperluan pemain moden terutamanya mereka yang baru ingin mencuba RAIDOU Remastered tetapi mungkin berasa ragu disebabkan reka bentuk asal yang agak lapuk.

Penambahbaikan yang dibuat bukan sahaja meluas, malah benar-benar meningkatkan pengalaman bermain secara keseluruhan.

Skill | Kredit: ATLUS

Antara penambahan paling dihargai termasuk lakonan suara penuh bukan hanya untuk watak utama, tetapi juga watak-watak sampingan penting dalam jalan cerita. Fungsi quicksave dan autosave pula memastikan kemajuan anda tidak hilang walaupun terlupa membuat simpanan secara manual.

Peta mini dan penanda objektif yang lebih jelas juga memudahkan pemain untuk mengikut arah cerita dengan lebih lancar. Dan paling menonjol, sistem Demon Summoning telah dipertingkat secara menyeluruh.

Senarai demon kini diperluas kepada lebih 120 demon (berbanding 70 dalam versi asal), dengan sistem Demon Fusion yang dipertingkat, penambahan Passive Skill, Premium Devil Chart baharu yang membolehkan anda menyimpan pelbagai demon daripada jenis yang sama, serta penyesuaian di mana demon yang tidak dibawa ke pertempuran kini juga boleh memperoleh EXP.

Tetapan Kesukaran | Kredit: ATLUS

Antara penambahbaikan lain yang ketara termasuk:

  • Penambahan pelbagai title baru untuk Raidou
  • Gerakan baharu Art of Confinement yang kini boleh dilakukan hanya dengan menahan satu butang
  • Pilihan Sword Alchemy yang diperluas di Goumaden untuk peningkatan senjata
  • Detective Journal yang kini lebih terperinci dalam menjelaskan pelbagai sistem permainan
  • Fungsi Express Streetcar untuk fast travel ke kawasan yang pernah dilawati
  • Mod kesukaran baru “Sleuth” yang menghapuskan risiko game over untuk pengalaman lebih santai
  • Fungsi Dash baharu bagi mempercepatkan pergerakan dan mempertingkat kelajuan eksplorasi
  • Pilihan Full Recovery yang kini boleh diakses di Narumi Detective Agency
  • Dan banyak lagi…

Pengalaman Klasik SMT / Persona

Mana-mana game Shin Megami Tensei tidak akan lengkap tanpa kehadiran demon, dan dalam siri Raidou, mereka tetap menjadi sorotan utama. Sebagai seorang Devil Summoner, tugas anda bukan sekadar menewaskan demon demi mempertahankan ibu kota, tetapi juga untuk menundukkan dan menjadikan mereka sekutu setia.

Dalam game ini, protagonis boleh menggunakan mantera khas untuk menangkap demon ke dalam tiub seakan kanister, seperti peluru ajaib, menggunakan teknik Art of Confinement yang boleh diaktifkan terus semasa pertempuran.

Perekrutan Demon | Kredit: ATLUS

Berbeza daripada game Shin Megami Tensei lain yang biasanya menekankan rundingan dalam proses perekrutan, atau Persona yang memberi demon secara percuma melalui ciri seperti Shuffle Time, sistem dalam Raidou bergerak ke arah yang lebih agresif: anda menangkap mereka secara paksa.

Ini mungkin nampak kejam, tetapi secara perlahan-lahan, hubungan yang terjalin antara Raidou dan para demon menjadi lebih erat, baik dari segi jalan cerita mahupun aspek gameplay.

Ketika bertarung, Raidou boleh memberi arahan terus kepada demon seperti meminta mereka bertahan apabila musuh melancarkan serangan besar. Disebabkan sistem pertempuran masa nyata, sebarang kelewatan sedikit sahaja boleh membawa padah. Mujurlah, demon yang anda bawa cukup responsif.

Mereka tahu bila perlu menyerang kelemahan musuh atau menyembuhkan anda tepat pada waktunya. Prestasi yang boleh diharap ini menjadikan demon bukan sekadar pelengkap, tetapi kunci utama dalam kelangsungan hidup Raidou di medan tempur.

Combat | Kredit: ATLUS

Namun, hubungan ini lebih terserlah di luar medan pertempuran, khususnya ketika menyiasat di dunia sebenar.

Tidak seperti detektif biasa, Raidou boleh menggunakan demon miliknya untuk menjalankan pelbagai tugas luar biasa: membaca fikiran orang, menghiburkan NPC untuk mendapatkan maklumat penting, menembusi kawasan yang sukar diakses, serta mengimbas persekitaran bagi mencari petunjuk tersembunyi.

Anda juga boleh mengawal demon secara langsung melalui sistem Solo Investigation, sangat berguna untuk menyelinap masuk ke tempat yang tidak boleh dikesan oleh manusia biasa.

Membaca Minda | Kredit: ATLUS

Daripada sekadar menjadi alat bertempur, demon dalam RAIDOU Remastered terasa seperti sahabat yang rapat. Perkara kecil seperti demon menjerit nama Raidou dengan semangat apabila mereka naik level memberikan sentuhan emosional.

Malah dalam proses fusion, ada demon yang meninggalkan mesej perpisahan, berterima kasih sebelum dikorbankan demi membantu Raidou menjadi lebih kuat.

Walaupun Raidou pada awalnya digambarkan seperti pemburu demon yang tegas, game ini secara perlahan-lahan menunjukkan sisi lembut dan penuh empati dalam hubungannya bersama rakan-rakan demon.

Cutscene | Kredit: ATLUS

RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army kini boleh dimainkan di Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam bermula 19 Jun 2025. Versi untuk Nintendo Switch 2 pula akan dilancarkan sebaik sahaja konsol tersebut dikeluarkan secara rasmi di Asia Tenggara, yang dijangka selepas tarikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi, dan ikuti ATLUS di Facebook untuk berita dan kemas kini terkini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: RAIDOU Remastered
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo Switch 2 Akan Dijual Di Malaysia Pada 3 Julai!

Next Post

Filem Live Action ‘Return to Silent Hill’ Bakal Menghantui Pawagam Pada Januari 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!
Berita

Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!

June 19, 2025
Interviu Onimusha: Way of the Sword – Babak Baharu Diukir dalam Tradisi & Inovasi
Temuramah

Interviu Onimusha: Way of the Sword – Babak Baharu Diukir dalam Tradisi & Inovasi

June 19, 2025
Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Next Post
Filem Live Action ‘Return to Silent Hill’ Bakal Menghantui Pawagam Pada Januari 2026

Filem Live Action ‘Return to Silent Hill’ Bakal Menghantui Pawagam Pada Januari 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd