Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kengan Ashura Season 2 Part 2 Akan Tiba 15 Ogos – Finale Anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 25, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Kengan Ashura Season 2 Part 2 Akan Tiba 15 Ogos – Finale Anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu anime lawan-lawan paling popular sekarang, Kengan Ashura, akhirnya kembali dengan musim baharu! Selepas menunggu selama setahun, Kengan Ashura telah mengeluarkan trailer baharu sambil mendedahkan tarikh keluaran tepat untuk Season 2 Part 2, yang merupakan ansuran terakhir dalam siri.

Berikut adalah trailer yang dimuat naik Netflix Asia:

Seperti yang anda lihat daripada trailer, Kengan Ashura Season 2 Part 2 akan dikeluarkan di Netflix pada 15 Ogos 2024. Trailer itu turut menampilkan lagu baharu “Feel My Pain” oleh kugiran muzik Jepun HEY-SMITH, yang juga akan menjadi lagu tema opening kepada Season 2 Part 2.

Kredit: Netflix

Season baharu dijangka akan mengadaptasikan fasa terakhir Kengan Tournament untuk menandakan penamat keseluruhan bagi siri anime. Malah, trailer baharu juga memaparkan beberapa pertarungan menarik yang akan berlangsung pada perlawanan akhir kejohanan. Kini, hanya pahlawan-pahlawan terkuat sahaja yang tinggal, dan setiap satu harus bertarung bermati-matian untuk mendapat gelaran juara.

Kredit: Netflix

Staff Based on the original manga written by Yabako Sandrovich and illustrated by Daromeon (published on “MangaONE” by Shogakukan) Directed by: Seiji Kishi Series Composition: Makoto Uezu / Character Design: Kazuaki Morita Music: Yasuharu Takanashi (Team-MAX) Animation Production: LARX ENTERTAINMENT

Kredit: Netflix

Berdasarkan manga original yang ditulis oleh Yabako Sandrovich dan dilukiskan oleh Daromeon, anime ini dibuat oleh LARX ENTERTAINMENT, dan diarahkan oleh Seiji Kishi. Dia dibantu oleh Makoto Uezu selaku juru komposisi, Kazuaki Morita selaku pereka watak, dan muzik oleh Yasuharu Takanashi.

Bagi mereka yang berminat tetapi belum melihat lagi, anda boleh menonton segala episod anime Kengan Ashura sekarang di Netflix!

Sinopsis

Sejak zaman Edo, syarikat paling berpengaruh di Jepun telah menyelesaikan konflik mereka melalui pertempuran gladiator tanpa senjata yang kejam. Bagi memudahkan perlawanan ini, sebuah pertubuhan bawah tanah yang dikenali sebagai Kengan Association telah diwujudkan.

Ohma Tokita, seorang lelaki yang digelar “The Ashura,” berusaha untuk menjadi pahlawan terkuat. Untuk berbuat demikian, dia menjadi pahlawan Kengan untuk sebuah syarikat bernama Nogi Group. Tidak lama selepas itu, Kazuo Yamashita, seorang pekerja, diminta untuk menjadi pengurus Ouma. Kini dilemparkan ke dalam arena yang mengerikan, adakah pasangan ini dapat bertahan dalam dunia Kengan yang kejam?

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeKengan Ashura Season 2 Part 2
ShareTweetSend
Previous Post

Gameplay Rasmi ‘BLEACH Rebirth of Souls’ – Ichigo VS Byakuya!

Next Post

‘TRIBE NINE’ Kini Merekrut untuk Ujian Beta PC Global!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
‘TRIBE NINE’ Kini Merekrut untuk Ujian Beta PC Global!

'TRIBE NINE' Kini Merekrut untuk Ujian Beta PC Global!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd