Semasa mula membuat debut, siri Tokyo Revengers oleh Ken Wakui meraih kejayaan besar dalam industri manga dan anime dengan jalan ceritanya yang unik dan menarik dalam genre Shounen. Namun, populariti itu tidak bertahan lama kerana ramai peminat di seluruh dunia mula membenci siri itu atas beberapa sebab.

Tokyo Revengers menerima banyak maklum balas negatif, bukan sahaja daripada komuniti anime dan manga tetapi juga daripada peminat tegarnya sendiri. Jadi apakah sebab-sebab utama Tokyo Revengers dibenci? Berikut adalah antara alasan yang diberi oleh komuniti:
Secara umum, Tokyo Revengers mempunyai potensi besar, tetapi usaha pelukis menjadi sia-sia apabila dia mempamerkan motivasi plot yang tidak masuk akal dan watak utama yang kurang menarik di mata orang ramai. Bersama beberapa sebab lain, Tokyo Revengers menjadi siri yang semakin kurang digemari.

Selepas menonton berita, Hanagaki Takemichi mendapat tahu bahawa bekas teman wanita sekolah rendahnya, Tachibana Hinata, telah meninggal dunia. Disebabkan itu, dia secara tiba-tiba kembali 12 tahun ke masa lalu untuk menghadapi Toyo Manji Gang yang pernah merosakkan kehidupannya dan punca keatas kematian Hinata.
Untuk menyelamatkan Hinata, dia harus mengalahkan ketua geng delinkuen Kanto yang paling kuat. Tetapi ia tidak seperti apa yang dia sangkakan selepas berkawan dengan ketua kumpulan tersebut, Mikey. Apa yang akan terjadi pada Takemichi? Bolehkah dia mengubah masa depan dan menyelamatkan teman wanitanya?
Sinopsis
AMARAN! SPOILER!
Terlalu “overhype”, motivasi watak amat mengelirukan

Semasa mula diumumkan, ramai yang melabel Tokyo Revengers sebagai siri yang “berbeza dan unik” dengan konsep pengembaraan masa tentang samseng sekolah. Alasan itu cukup untuk menarik orang ramai, tetapi kerana isu gembar-gembur yang keterlaluan, majoriti menganggap plotnya sangat generik dan membosankan selepas menonton beberapa episod pertama. Itulah hakikatnya bagi sesetengah penonton.
Sejujurnya, plotnya Tokyo Revengers bukanlah yang paling menarik, jadi malangnya, ia tidak memenuhi jangkaan penonton. Tema pengembaraan masa cukup menarik, tetapi disia-siakan pada subplot yang lemah dan kurang masuk akal.
Sebagai contoh:

Pembaca manga dapat tahu bahawa Tetta Kisaki merupakan penjahat yang merancang kematian Tachibana Hinata (spoiler) tetapi mengapa dia jadi begitu jahat? Rupanya, Kisaki menjadi jahat dan kejam selepas cintanya ditolak oleh Hinata (yang juga merupakan teman wanita Takemichi).
Pendedahan ini agak mengelirukan, sehingga ramai mempersoalkan “jika setiap kematian tragis dan setiap perang berdarah yang berlaku disebabkan oleh cinta yang tidak berbalas”. Sungguh, pendedahan itu tidak sepadan dengan naratif jalan cerita dan terasa sangat kebudak-budakan.
Tokyo Revengers mempunyai banyak potensi, tetapi kerana keputusan dan pilihan yang tidak masuk akal, ia merosakkan jalan cerita keseluruhan. Saya ada banyak lagi contoh bagus, tetapi itu spoiler untuk hari lain.

Protagonis yang lemah, susah untuk disukai

Anime dengan protagonis yang lemah bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ada banyak contoh watak yang kerap menangis tetapi di penghujung kisah, mereka menjadi semakin kuat. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyukai personaliti Takemichi yang lemah dan sering menangis seperti bayi, selama 24 episod berlarutan.
Hakikatnya, Hanamichi berusia 26 tahun, tetapi pemikirannya lebih mirip seperti seorang remaja. Walaupun badan yang dihuninya masih muda, dia masih mengekalkan ilmu dan pengetahuannya daripada masa depan. Oleh itu, Hanamichi sepatutnya boleh membuat keputusan dan perwatakan matang seperti orang dewasa. Malangnya, setiap keputusan yang dia buat adalah salah dan selalu membawa ke masa depan yang buruk.

Dia juga tidak pandai berlawan tetapi itu tidak mengapa kerana banyak hero anime berjaya menewaskan orang jahat memakai kepintaran mereka. Menggunakan otak dewasanya, Hanamichi sepatutnya boleh berfikir cara lebih baik untuk mengatasi pihak lawan supaya dapat mencapai masa depan lebih baik.
Namun, dia lebih rela dirinya dibelasah sehingga lunyai tanpa belas kasihan dan menangis di hadapan musuh berbanding memikirkan pelan yang bagus.
Kualiti animasi tidak konsisten
Kualiti animasi yang tidak konsisten turut boleh menjadi sebab kukuh untuk benci. Semasa Tokyo Revengers mula ditayangkan, ramai menganggap visual animasinya setakat “ala kadar” sahaja. Ia tidak mempunyai animasi yang terlalu bagus seperti Demon Slayer, tetapi animasinya juga tidak terlalu buruk.
Selepas beberapa episod kemudian, terutamanya semasa adegan pertempuran, kualiti animasi semakin berkurangan. Di bawah adalah beberapa contoh:

“Pergerakan watak kelihatan kekok, transisi yang tidak lancar, penggunakan perspektif yang tidak kreatif” – banyak aduan telah dilemparkan ke arah studio animasi, jadi harap-harap Season 3 dapat bertambah baik.
Apa pendapat korang tentang Tokyo Revengers? Adakah ia seronok? Adakah ia teruk? Kongsikan pendapat anda di ruang komen! Baca segala berita kami tentang siri Tokyo Revengers di SINI.
Sumber gambar: Twitter@tokyo_rev_en
@gamersantaimy
Discussion about this post