Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kenapa Anime Attack On Titan Final Season Part 3 Dibahagikan Kepada Dua? Ini Jawapan Oleh MAPPA!

Maira by Maira
January 18, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Kenapa Anime Attack On Titan Final Season Part 3 Dibahagikan Kepada Dua? Ini Jawapan Oleh MAPPA!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Attack on Titan pasti gembira dengan pengumuman tentang musim terakhir untuk siri anime yang diberikan semalam. Bukan setakat kita dapat tarikh tayangan malah kita juga mendapat trailer baru yang menunjukkan perkara-perkara yang akan berlaku nanti. Tetapi kami pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa bahagian terakhir ini dibahagikan dan mempunyai tarikh tayangan yang berbeza.

anime Attack on Titan

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila studio MAPPA memberikan kenyataan mereka. Melalui Twitter, dikhabarkan bahawa bahagian terakhir siri lebih besar daripada yang dijangkakan. Jadi mereka tiada pilihan lain dan memisahkan anime Attack on Titan Final Season Part 3 kepada dua bahagian.

【お知らせ】 このたび、TVアニメ「進撃の巨人」The Final Season完結編が、 前・後編の二部構成での放送となりますことをご報告させて頂きます。 ご理解を賜れますよう宜しくお願い申し上げます。
https://t.co/KgbwmwU4fS pic.twitter.com/lC1oEdIdrV

— MAPPA (@MAPPA_Info) January 17, 2023

Bersama-sama kenyataan tersebut, staff studio itu turut meminta maaf kepada peminat yang ternanti-nantikan versi animasi perarakan Colossal Titan dan berjanji untuk memberikan usaha yang terbaik kepada siri anime tersebut sehingga penamat.

Dengan hanya berbaki sembilan bab manga sahaja, kita pasti akan melihat perarakan hebat Colossal Titan dalam animasi dunia fiksyen itu. Pembaca manga pasti tidak sabar untuk melihat bagaimana MAPPA akan hasilkan adegan tersebut. Apa pun, kita tunggu sahaja tayangan anime pada 4 Mac nanti.

anime Attack on Titan

Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, Attack on Titan merupakan karya manga oleh Hajime Isayama dan pertama kali diterbitkan dalam Bessatsu Shounen Magazine pada tahun 2009. Siri manga tersebut sudah pun berakhir pada bulan April 2021 dengan jilid ke-34.

Ia telah mendapat adaptasi anime oleh Wit Studio pada tahun 2013 dan telah diambil alih oleh MAPPA untuk musim terakhir yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bukan setakat anime sahaja, siri ini juga mendapat adaptasi filem live action, novel dan juga game, tidak kiralah konsol mahupun mobile. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitanAttack on Titan Final Season Part 3Attack on Titan The Final Season
Previous Post

Diablo Immortal tambah update baru – “Tong-Shi’s Renewal”, menangi pelbagai ganjaran khas!

Next Post

“Seperti pasangan curang” – NetEase hentam Blizzard & tidak lagi edarkan WoW, Overwatch, Diablo di China

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“Seperti pasangan curang” – NetEase hentam Blizzard & tidak lagi edarkan WoW, Overwatch, Diablo di China

"Seperti pasangan curang" - NetEase hentam Blizzard & tidak lagi edarkan WoW, Overwatch, Diablo di China

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd