Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kenali Streamers Fortnite “NINJA” yang Popular dengan Toxic ini!

Walau penuh toxic, dia hebat takpe!

Nyny.A by Nyny.A
July 11, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Artikel, PC, Streamer/influencer
0 0
0
Kenali Streamers Fortnite “NINJA” yang Popular dengan Toxic ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah ada sekali tu, ada fans Gamer Santai mencadangkan pada kami untuk mengongsikan mengenai biografi Ninja. Jadi harini kami nak menunaikan hajatnya, dan semua orang yang nak tahu asal usul Ninja ni yang sebenar! Siapa pulak Ninja ni? Tak pernah pulak dengar? Mungkin ni respon pembaca-pembaca, okay Ninja ni sebenarnya adalah seorang streamer yang terkenal di Twitch.TV dan juga Youtube serta pemain eSports yang terkenal.

Ninja atau nama sebenarnya Tyler Belvins diperkenalkan dengan permainan video oleh bapanya sendiri, Chuck Belvins. Dilahirkan di Detroit, A.S tetapi membesar di Chicago, bermula menjadi pemain professional pada tahun 2009 dengan bermain Halo 3. Dia pernah masuk beberapa pasukan eSports termasuk Cloud9, Renegades, Team Liquid dan Luminosity Gaming.

Ninja bermula kerjaya menjadi streamer pertama kalinya pada tahun 2011 menggunakan Justin.tv kemudian beralih ke Twitch.tv. Dia main permainan H1Z1 sebagai pemulaan program akses awal dengan Steam, kemudian beralih ke PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) apabila permainan ini juga masuk di akses awal Steam.

Kepopulariti Ninja makin menaik apabila dia bersama Luminosity Gaming pada tahun 2017 sebagai pemain Halo, kemudian H1Z1 dan akhirnya ke PUBG dimana dia memenangi PUBG Gamescom Invitational dalam klasifikasi Orang Perseorangan ke-3. Sampai suatu masa dia mula stream permainan Fortnite dan penontonya makin bertambah hari ke hari. Dari situ Ninja makin kerap main Fortnite dan pada September 2017, pengikutnya mencecah sehingga 500,000 orang!

Kalau korang nak tahu sendiri lah, dalam masa 6 bulan dari bulan tersebut, penontonya makin naik sehingga 250%! Mac 2018, Ninja telah mencipta rekod di Twitch.tv ketika dia menjadi tuan rumah bersama Drake, Travis Scott dan Juju Smith-Schuster. Kemudian pada April 2018 sekali lagi Ninja telah memecahkan rekodnya ketika acara Ninja Vegas 2018 dimana dia mendapat tontonan sehingga 667,000 secara lansung!

Kontroversi

Hidup Ninja dengan kontroversi memang takkan pernah berahir, bak kata orang sekarang ‘Toxic’. Seperti yang terjadi tahun 2016, Ninja  mengeluarkan alamat penderma sebagai balasan kerana mempunyai nama skrin rasis dan mesej sumbangan. Tindakan ini, yang disebut sebagai ‘doxxing’, adalah bertentangan dengan peraturan Twitch, yang menyatakan bahawa ia boleh menyebabkan “penggantungan tidak terbatas”. Ninja dilaporkan untuk perbuatan ini, tetapi hanya menerima penggantungan selama 48 jam. Ninja kemudian menulis tweet bahawa dia layak mendapat hukuman.

Pada bulan Oktober 2018, Ninja melaporkan seorang pemain yang “mempunyai ping lebih tinggi” daripada dia. Ini membawa kepada pemain itu untuk mendakwa pada 16 November 2018 mereka telah diban akibat laporan itu, yang mana Epic Games tidak mengaku. Kedua-dua kejadian ini menyebabkan serangan terhadap Ninja di media sosial.

Ini adalah antaranya ye, nak bagitahu semua kontroversi Ninja panjang sangat karang korang nak baca.

Anugerah dan Pencalonan

Tahun 2018

  • 8th Streamy Awards
    • Kategori (Creator of the year) – Menang
  • Esports Awards
    • Esports (Personality of the Year) – Menang
    • The Game Awards 2018 (Content Creator of the Year) – Menang

Tahun 2019

  • 11th Shorty Awards
    • Twitch Streamer of the Year – Menang

Pernah terfikir apa yang Ninja fikirkan mengenai eSports? Ok jom tonton video dibawah;

Professional gamer @Ninja shares his thoughts on the “Is #esports a sport” debate at the #ESPYS. pic.twitter.com/fULsMv6JTx

— James H. Williams | USA Today (@JHWreporter) July 11, 2019

Ninja mempunyai hampir 22 juta pengikut di Youtube dan 14 juta di Twitch, kini menjadi Twitch streamer yang kedua paling banyak dilanggan. Pada Jun 2018 dia ak  dia telah bekerjasama bersama Red Bull eSports.  Dia memberi kredit model free-to-play business sebagai faktor kenaikkannya.

Jadi pada yang nak tambah dan terus mengikuti perkembangan Ninja, korang boleh la ikutinya di Facebook, Twitter, Youtube dan Twitch. Jadi sampai kat sini je lah celoteh harini! Teruskan bersama kami untuk berita-berita gaming dan eSports yang lain ok!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FortniteNinjapubgStreamersTwitch StreamersTyler BelvinsYoutubers
Previous Post

5 Permainan yang Mempunyai Plot Tersorok di Akhir Kredit Permainan!

Next Post

“SD Gundam G Generation: Cross Rays” akan dikeluarkan pada 28 November ini!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“SD Gundam G Generation: Cross Rays” akan dikeluarkan pada 28 November ini!

"SD Gundam G Generation: Cross Rays" akan dikeluarkan pada 28 November ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd