Kalau kita tonton anime aksi, mesti ada beberapa watak yang mempunyai kuasa atau kebolehan yang pelik. Walaupun ada kuasa anime yang menarik dalam siri, pasti ada juga kuasa pelik yang seakan-akan tidak berguna langsung. Ingin tahu beberapa kuasa pelik tersebut? Jom, kami perkenalkan kepada anda beberapa kuasa pelik yang wujud dalam anime.
Majin Buu – Candy Beam (Dragon Ball)

Candy Beam, kuasa milik Majin Buu, merupakan salah satu kebolehan pelik dalam dunia Dragon Ball. Walaupun namanya, Candy Beam, pancaran itu boleh tukar jadi apa-apa sahaja. Dia pernah menukar Chichi menjadi telur, menukar beberapa orang menjadi tanah untuk membina rumahnya dan macam-macam lagilah. Dalam Dragon Ball GT, dia telah menggunakan Candy Beam pada Pan dan Dr. Satan supaya dia boleh memakan mereka dan simpan di dalam badannya.
Ueki – Kuasa kitar semula (The Law of Ueki)

Memang tidak dinafikan anime ini mempunyai pelbagai kebolehan yang pelik. Salah satunya, watak protagonis, Ueki yang boleh mengubah sampah menjadi pokok dalam sekelip mata. Walaupun kebolehan tersebut seperti tidak praktikal dalam pertempuran yang lebih besar, ia masih lagi kebolehan yang mampu memulihkan dunia.
Tohru – Ludah pembersih (Miss Kobayashi’s Dragon Maid)

Tohru mempunyai pelbagai kebolehan hebat yang luar biasa seperti, terbang, sembuh semula, berjalan antara dimensi dan banyak lagi kebolehan lain naga. Tetapi dalam banyak-banyak kebolehan, ada satu yang pelik. Dia boleh membersihkan pakaian kotor dengan menggunakan ludahnya. Walaupun ia bunyi sangat berguna memandangkan dia seorang pembantu rumah, tetapi bayangkan perasaan Kobayashi apabila tahu pakaiannya dibersihkan dalam mulut naga.
Minoru Mineta – Pop off (My Hero Academia)

Dalam My Hero Academia memang ramai watak yang mempunyai kebolehan luar biasa, tetapi beberapa daripada mereka agak pelik. Contohnya kebolehan “Pop-Off” milik Minoru Mineta. Dia boleh mencabut bebola melekit daripada kepalanya. Bebola itu boleh digunakan sebagai trampolin, dan melekat pada pelbagai permukaan. Walau bagaimanapun, jika dia menggunakannya dengan banyak, Mineta akan mengalami pendarahan yang berbahaya.
Mio Kusakai – Hipnosis (Keijo!!!!!!!!)

Keijo!!!!!!!! merupakan anime sukan di mana atlet perempuan cuba menjatuhkan pihak lawan ke dalam air dengan hanya menggunakan dada dan punggung mereka. Ia sememangnya sukan yang pelik. Dalam anime tersebut, seorang watak bernama Mio Kusakai boleh memukau pihak lawannya dengan kuasa hipnosisnya. Berbeza dengan hipnosis yang anda nampak dalam rancangan lain, Mio menggunakan dadanya untuk memukau pihak lawan dan boleh memaksa mereka untuk mematuhi setiap arahannya.
Issei Hyoudou – Dress Break (High School DxD)

Dress Break mempunyai keupayaan untuk memusnahkan pakaian tanpa menyentuhnya. Untuk menggunakannya, Issei perlu sentuh sasarannya dahulu dan memetik jari untuk aktifkan Dress Break. Selain pakaian, Dress Break juga boleh membuang sebarang sihir yang menutupi sasarannya juga. Bukan setakat itu, ia juga boleh mengupas buah-buahan dan sayur-sayuran.
Bo-bobo – Bulu hidung ajaib (Bobobo-bo Bo-bobo)

Bo-bobo merupakan watak utama dalam siri Bobobobo-bo Bo-bobo. Dia mempunyai kebolehan menarik yang dipanggil Fist of the Nose Hair, satu kebolehan yang menggunakan bulu hidung untuk menyerang musuh. Bukan setakat itu sahaja, bulu hidungnya juga boleh melakukan perkara lain seperti mengikat musuh dan mencipta jaring gergasi. Memang pelik betul bulu hidungnya.
Kishibe rohan – Heaven’s door (Jojo’s Bizarre Adventure)

Kuasa stand milik Rohan, Heaven’s Door boleh mengubah orang menjadi buku. Muka surat yang terbentang dari badan mereka mendedahkan segala perkara mengenai mangsa. Agak seram juga bila tengok cara Rohan belek-belek muka surat dekat muka orang.
Minerva – Authority of Wrath (Re: Zero)

Minerva mempunyai satu kuasa yang dipanggil Authority of Wrath, yang membolehkannya menggunakan mana yang membolehkannya sembuhkan sesiapa atau pulihkan sesuatu. Untuk aktifkan kuasa ini, Minerva terpaksa menumbuk sasarannya pada bahagian badan atau menggunakan peluru sebagai bantuan. Bukan itu sahaja, dia juga sebenarnya boleh mengatasi Divine Protection of the Death God yang digunakan oleh Theresia van Astrea.
Dalam banyak-banyak watak di atas, mana satu yang anda rasakan mempunyai kuasa paling pelik? Kalau anda jumpa watak lain, boleh kongsikan kepada kami di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post