Filem Black Clover: Sword of The Wizard King telah pun ditayangkan hampir sebulan, kami ingin mengongsikan sedikit biodata tentang 4 Wizard King yang muncul di dalam filem ini. Terdapat seramai 4 orang Wizard King yang telah kembali ke Clover Kingdom untuk menghancurkan kingdom tersebut dan mencipta dunia yang lebih seimbang di mana semua orang boleh bergembira.
Di dalam artikel ini, kami ingin kongsikan sedikit latar belakang dan kuasa magik mereka masing-masing.
Conrad Leto #27

Latar belakang
Conrad Leto merupakan Wizard King yang ke-27. Dia telah dilahirkan dalam keluarga bangsawan tetapi kerana Key Magic yang dia ada, dia dijauhi oleh orang sekelilingnya dan dianggap sebagai pencuri. Disebabkan itu, zaman kanak-kanaknya sangat sunyi.
Apabila semakin dewasa, dia telah menyertai Magic Knight dan bertemu bersama Julius dan seorang wanita muda dari Forsaken Realm iaitu Lovilia. Bermula dengan dua orang ini, dia telah mencapai pelbagai pencapaian bersama-sama dan akhirnya menjadi Kapten kepada skuad White Serpent. Kehidupannya sangat lancar dan berkahwin dengan Lovilia.
Pada suatu, skuad mereka telah menerima satu misi penting dan mereka pergi bersama-sama dengan puluhan Magic Knight. Malang sekali, misi itu sebenarnya adalah perangkap yang telah dipasang oleh pihak diraja kerana membencinya. Disebabkan itu, dia telah kehilangan isterinya, Lovilia dan ramai ahli skuadnya. Conrad menjadi sangat marah dan pujukan oleh Julius langsung tak dimakan olehnya.

Oleh itu, dia ingin menghapuskan diskriminasi, prasangka dan membina sebuah negara di mana semua orang boleh ketawa bersama-sama. Apabila dia telah menjadi Wizard King, dia tidak dapat membawa apa-apa perubahan dan perasaan putus asa yang ada padanya semakin mendalam.
Akhirnya dia dapat mengetahui satu-satunya cara untuk mengubah Clover Kingdom dengan “Membina Semula”. Dengan kuasa magiknya, Conrad pergi mencuri “Imperial Sword” dan memulakan pemberontakan. Nasib baik Julius bersama rakan-rakan yang lain sempat menghentikannya.
Key Magic

Janus Abigail – Membolehkan penggunanya membuka sebarang “Space” dan ruang tersebut boleh menyimpan magik dan alat magik.
Janus Baptism – Merompak magic kepunyaan orang lain. Jika sasarannya lemah, maka pengambilan magik tersebut adalah lebih mudah.
Doom’s Gate – Ia merupakan Forbidden Magic yang mengorbankan baki jangka hayat penggunanya, memakan semua magik yang dicuri sebelum ini dan menggabungkannya menjadi satu serangan besar.
Edward Avalache #20

Latar Belakang
Edward Avalache merupakan Wizard King yang ke-20. Pada asalnya, dia langsung tidak berminat untuk meneruskan kerjayanya dan menghabiskan banyak masanya di gereja. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumahnya dan mula menjadi imam gereja. Dia telah mengambil anak-anak yatim dan menjaganya.
Selepas 10 tahun berlalu, tiba-tiba peperangan diantara Clover Kingdom dengan Diamond Kingdom berlaku. Rumah anak yatimnya telah menjadi mangsa serbuan mengakibatkan kanak-kanak yang tinggal disitu dibunuh oleh mereka. Edward menggunakan kuasa magiknya dengan sangat kuat untuk membunuh musuh-musuh tersebut. Dia akhirnya membuat keputusan untuk menyertai Magic Knight supaya perkara tersebut tidak akan terjadi lagi.
Semasa Edward menjadi Wizard King, dia bercita-cita untuk menghapuskan sempadan diantara “Royalty, Common” dan “Forsaken Realms.” Tetapi pihak diraja dan bangsawan tidak bersetuju dan menentang cita-cita Edward. Lalu, pihak diraja pun melucutkan jawatan Edward daripada menjadi Wizard King.
Selepas itu, Edward membentuk serangan balas dendam terhadap golongan diraja dan bangsawan yang menghalang cita-citanya. Dia mempercayai yang itu adalah satu-satunya cara untuk membersihkan hati mereka yang telah rosak. Tidak lama kemudian, dia akhirnya ditangkap dan dihukum bunuh.
Ice Wedge Magic

World End Church – Mampu mengurangkan atau mengubah suhu mana-mana ruang dan tempat kepada sifar.
World End Martyr – Mencipta dan memanipulasi “Fallen Angels” yang diperbuat daripada ais.
Jester Garandros #16

Latar Belakang
Jester Garandros ialah Wizard King yang ke-16. Dia dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan dibesarkan tanpa sebarang kesusahan. Dengan mudah dia telah menyertai Magic Knight. Semasa menjadi Magic Knight, dia telah berjumpa Tenor dan Raid. Walaupun mereka bertiga mempunyai latar belakang yang sangat berbeza, Jester, Tenor dan Raid dapat bergaul dengan baik dan berkembang bersama.
Tidak lama selepas itu, Jester telah dinaikkan pangkat menjadi Captain of Magic Knight. Pada suatu hari, kampung Tenor telah diserang oleh Diamond Kingdom dan Clover Kingdom langsung tidak membuat apa-apa tindakan. Lalu, Jester bersama pasukannya pergi sendiri untuk mengalahkan musuh tetapi Tenor telah dibunuh semasa bertarung.

Memandangkan prestasi Jester agak baik semasa dia menjadi kapten, dia telah dinaikkan pangkat untuk menjadi Wizard King. Kampung Tenor sekali lagi diserang oleh musuh dan Jester terus pergi menyelamatkan kampung tersebut. Rupa-rupanya, serangan itu hanyalah perangkap untuk membunuh Jester. Perangkap tersebut telah dibuat oleh Raid, seorang kawan baiknya dan pengintip musuh.
Selepas kehilangan dua rakannya, Jester mempunyai misi untuk menakluk empat kingdom sehingga dia digelar sebagai “Mad King”. Pada awalnya, ramai rakyat yang tidak memberi sokongan terhadap misinya. Lama kelamaan, rakyat mula sedar dan memberikan sokongan terhadap Jester.
Walau bagaimanapun, puak diraja langsung tidak menyukai pengaruh kuat Jester dan membuat perangkap untuk membunuh Jester. Dia akhirnya mati semasa ingin mencapai misinya.
Barrier Magic

Voodoo Shangri La – Mengepung mana-mana ruang atau tempat. Ia juga boleh menghalang pintu masuk dan keluar yang dihasilkan oleh Spatial Magic.
Voodoo Regalia – Mencipta senjata legenda dan perisai imaginasi anda menggunakan pengepungan.
Voodoo Kingdom – Menghasilkan tembok besar seperti kubu.
Princia Funnybunny #11

Latar Belakang
Princia Funnybunny merupakan Wizard King yang ke-11. Dia merupakan anak sulung kepada keluarga bangsawan. Walau bagaimanapun, terdapat keluarga bangsawan yang lagi tamak telah mengambil tanah dan sering menganggu keharmonian keluarganya. Princia memutuskan untuk berjuang bagi melindungi keluarganya dan rakyatnya.
Selepas menerima grimoire, dia telah menyertai Magic Knight dengan masuk ke dalam skuad Blue Roses. Memandangkan dia tidak pernah kalah dalam apa-apa pun perlawanan, kemasyhurannya semakin meningkat sehingga puak diraja melantik Princia menjadi Wizard King.

Semasa berperang dengan Diamond Kingdom, keluarga dan rakyatnya telah dijadikan tebusan oleh musuh. Tetapi jeneral tidak memberitahu perkara tersebut kepada Princia kerana takut Princia akan meninggalkan barisan hadapan. Oleh itu, dia telah kehilangan sesuatu yang paling berharga sebagai pertukaran untuk kemenangan perang tersebut.
Selepas mengetahui perkara tersebut, Princia menjadi marah terhadap ahli strateginya dan dilucutkan jawatan sebagai Wizard King. Dia juga telah dipenjarakan dengan kuasa magiknya dimeterai (sealed). Kampung tempat dia dipenjarakan diserang oleh penyamun dan dia memutuskan untuk melawan walaupun dia tidak mempunyai kuasa magik. Dalam proses mempertahankan penjara, dia telah dibunuh.
Legion Magic

Gehenna Game – Menghasilkan askar seperti buah catur dan gunakannya sesuka hati.
Endless Domination – Mencipta askar sihir yang tidak terhingga dan kalahkan musuh dengan berat mereka yang luar biasa.
Blink Castling – Menukar kedudukan askar dan dirinya dengan serta-merta.
End Empress – Ambil askar masuk ke dalam tubuhnya sendiri dan jadikan askar gergasi diri sendiri.

Itu sahaja yang ingin kami kongsikan kepada korang semua mengenai Wizard King yang muncul di dalam filem Black Clover: Sword of The Wizard King. Secara jujurnya, mereka berempat adalah Wizard King yang sangat kuat dan mempunyai niat yang suci murni. Tetapi disebabkan peristiwa yang berlaku, mereka berempat tidak ingin perkara itu berulang lagi pada masa akan datang.
Kalau kita tengok latar belakang mereka, nampaknya puak diraja sangat memang memainkan peranan yang sangat kuat untuk menjatuhkan Wizard King yang berani menyentuh sekutu mereka. Sehingga kini, puak diraja langsung tidak mengendahkan nasib rakyatnya yang miskin.
Memandangkan Asta dan rakan-rakanya mempunyai misi yang sama untuk menyatu padukan rakyat tidak kira keturunan, harapnya mereka berjaya mencapai misi tersebut.

Black Clover: Swords Of The Wizard King kini boleh ditonton di Netflix!
Maklumat ini telah diambil daripada novel/manga Black Clover jilid 23.5. Untuk mendapatkan kandungan menarik mengenai Black Clover, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post