Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kemas kini terbaru Ghost of Tsushima bikin game lagi susah! Mode “lethal” diperkenalkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Open World, PS4
0 0
0
Kemas kini terbaru Ghost of Tsushima bikin game lagi susah! Mode “lethal” diperkenalkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sucker Punch Productions dan PlayStation Studios telah mengeluarkan kemas kini baru untuk Ghost of Tsushima di PS4 berserta patch note rasmi. Tidak seperti game lain, Ghost of Tsushima dilancarkan tanpa banyak masalah dan mempunyai pelbagai fitur. Daripada memfokuskan diri untuk menambah fitur yang sepatutnya ada semasa pelancaran atau memperbaiki kesilapan besar, Sucker Punch dapat menggunakan masa untuk menambahbaik dan melancarkan game eksklusif ini. Di sini, mereka memperkenalkan kemas kini 1.05.

Yang paling penting tentang kemas kini 1.05 adalah penambahan tahap kesukaran baru: Lethal, yang kini menjadi tahap kesukaran paling susah dalam permainan. Untuk mengimbangi mod baru tersebut, pilihan “accessibility” baru diadakan bersama penambahbaikan teks dan pembaikan bug.

Di bawah ini anda boleh melihat nota penuh untuk kemas kini:

  • Tahap kesukaran baru: Lethal
    • Senjata musuh lebih bahaya, tetapi katana Jin pun sama.
    • Musuh lebih agresif dalam pertempuran.
    • Musuh mengesan anda lebih cepat.
    • Tempoh Parry dan Dodge yang lebih pendek.
  • Pertempuran yang kurang intensif (Lower Intensity)
    • Mod intensif yang lebih rendah bertujuan untuk menjaga pertempuran Ghost of Tsushima sambil memberi longgaran pada beberapa elemen masa. Pertarungan kini kurang sengit dan memberi anda lebih banyak masa untuk bertindak balas. Tetapan “stealth” lebih mudah, dan musuh memerlukan masa lebih lama untuk mengesan anda.
    • Kebanyak serangan musuh yang biasanya tidak dapat dihalang (unblockable) kini boleh dihalang (blockable) apabila mod Lower Intensity diaktifkan. Menahan dengan L1 akan selamatkan anda daripada lebih banyak serangan daripada pertempuran biasa, walaupun beberapa serangan masih perlu dielakkan.
    • Musuh tidak meneruskan serangan kombo setelah mencederakan anda, untuk memberi anda peluang untuk pulih sebelum serangan berikutnya. Selain itu, “heavy attack” akan mengganggu serangan Brute, memberi anda cara lain untuk menghentikan kombo mereka.
    • Musuh tidak akan menyerang semasa anda menggunakan Resolve untuk sembuhkan diri.
    • Kesedaran musuh naik dengan lebih perlahan, memberi anda lebih banyak masa untuk pulih selepas dilihat.
  • Perubahan teks
    • Pilihan teks besar: Meningkatkan saiz teks sari kata, objektif misi dan interaksi sebanyak 150% apabila diaktifkan.
    • Menambah pilihan untuk mematikan nama pembesar suara apabila sari kata diaktifkan.
    • Pilihan warna teks sari kata baru selain putih: kuning, biru, merah, hijau

Satu lagi perkara penting dala kemas kini termasuk pembaikan bug, tetapi patch note tidak memberikan butiran spesifik dalam hal ini. Ghost of Tsushima boleh didapati di PS4 sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ghost of tsushimaPlayStation StudiosPS4Sucker Punch Productions
Previous Post

Game terbaru Square Enix untuk PS5 – PROJECT ATHIA adalah game Dunia Terbuka!

Next Post

Geralt kembali! Netflix mengumumkan prekuel siri – The Witcher: Blood Origin!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Geralt kembali! Netflix mengumumkan prekuel siri – The Witcher: Blood Origin!

Geralt kembali! Netflix mengumumkan prekuel siri - The Witcher: Blood Origin!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd