Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Keluang Man Cinonet — Animasi Terbaharu Adiwira Tempatan Kini Tersedia Di Youtube!

Maira by Maira
February 8, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Keluang Man Cinonet — Animasi Terbaharu Adiwira Tempatan Kini Tersedia Di Youtube!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sahaja yang tidak mengenali Keluang Man, adiwira pertama Malaysia? Kalau ada pun pasti mereka ini masih muda. Untuk pengetahuan anda, adiwira tempatan kita ini telah mendapat animasi terbaharu dengan rupa yang lebih comel! Bertajuk “Keluang Man Cinonet“, ianya tersedia di YouTube sekarang melalui saluran Quest Studio.

Animasi ini telah diilhamkan daripada komik Keluang Man dan Tiong Man yang dicipta oleh Allahyarham Kamn Ismail yang telah diolah agar sesuai dengan semua golongan penonton. Sempena mengingati Allahyarham, episod pertama animasi Keluang Man Cinonet akhirnya tersedia untuk tontonan ramai.

Tentang Keluang Man

Bagi mereka yang tidak tahu, Keluang Man merupakan sebuah siri animasi televisyen yang bersiaran melalui saluran TV1 dari tahun 1996 hingga 1998. Watak ini diilhamkan oleh Kamn Ismail bersama pasukan pengasasnya pada Jun 1997 kerana mereka menginginkan kehadiran “Adiwira Kebangsaan” pada ketika itu. Reka bentuk watak tersebut kemudiannya dibangunkan oleh Raja Zaharuddin Shah.

Selain daripada animasi dan komik, Keluang Man juga akan mendapat filem live action nanti. Filem tersebut akan dihasilkan dengan kerjasama Astro Shaw dan Iconic Animation Studio. Buat masa ini, tiada lagi barisan pelakon yang diumumkan. Kita tunggu sahaja maklumat baharu akan datang.

Keluang Man

Berikut adalah sinopsis Keluang Man:

Keluang Man mengisahkan seorang pemuda bernama Borhan yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi dan sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya, Tiong Man sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian. Pada masa yang sama, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tampoi bernama Khaty Ismail sering cuba menjejaki identiti mereka berdua.

Jadi geng, jangan lupa untuk sokong studio animasi ini. Selain daripada Keluang Man Cinonet, ia juga tampil dengan siri animasi lain seperti “Che Nat Family”, “Pejuang” dan “Pusaka”. Untuk mendapatkan liputan menarik tentang animasi, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Keluang ManKeluang Man Cinonet
Previous Post

Keistimewaan Sistem Efek Air dan Fizik — Interview Skull and Bones Bersama Kris Kirkpatrick Daripada Ubisoft Singapore!

Next Post

Sonic Colors: Ultimate kini tersedia di Steam siap diskaun sehingga 30%!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sonic Colors: Ultimate kini tersedia di Steam siap diskaun sehingga 30%!

Sonic Colors: Ultimate kini tersedia di Steam siap diskaun sehingga 30%!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd