Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kekurangan GPU & CPU mungkin akan berlarutan hingga 2023 menurut CEO Intel

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2021
in Artikel, Berita, Hardware, Teknologi
0 0
0
Kekurangan GPU & CPU mungkin akan berlarutan hingga 2023 menurut CEO Intel
Share on FacebookShare on Twitter

Industri teknologi dan permainan video telah mengalami isu besar-besaran disebabkan oleh pengeluaran cip yang rendah dan permintaan yang tinggi untuk sejumlah produk. Disebabkan itu, sebilangan eksekutif industri telah menyebut bahawa kekurangan GPU dan CPU akan berlarutan sehingga tahun depan, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Intel berkata ia akan berterusan hingga 2023.

CPU and GPU Bottleneck [Simple Explanation] - GamingScan

Dalam temu bual dengan CNBC, Pat Gelsinger berkata bahawa keadaan menunjukkan tanda-tanda sedang bertambah baik, tetapi mungkin akan berterusan selamat beberapa tahun sebelum keadaan kembali normal. “Kami berada dalam keadaan paling teruk sekarang. Setiap suku pada tahun depan, kami akan bertambah baik secara berperingkat-peringkat, tetapi keseimbangan antara permintaan-bekalan tidak akan ada sehingga 2023,” katanya.

Gelsinger menyatakan bahawa “set yang dipadankan” dalam keadaan yang bermasalah kerana kekurangan cip. Seseorang mungkin mempunyai CPU tetapi kehilangan komponen LCD atau Wi-Fi. “Pusat data sedang bergelut dengan beberapa cip kuasa, rangkaian atau cip ethernet.”

CPU and GPU Availability and Pricing Update: June 2021 | TechSpot

Apa yang dikatakan oleh Intel amat mirip dengan artikel kami tentang Toshiba. Pada bulan September lalu, seorang wakil Toshiba berkata, “Dalam sesetengah kes, sesetengah pelanggan tidak akan diberikan perkhidmatan sepenuhnya sehingga 2023.”

Terdapat juga khabar angin tentang beberapa syarikat yang cuba mengurangkan masalah menggunakan solusi sendiri. Laporan dari sumber Nikkei mendakwa bahawa Sony dan TSMC telah mempertimbangkan untuk menubuhkan kilang pembuatan cip di Kumamoto, Jepun. Ia dilaporkan akan siap menjelang 2024 dan mengeluarkan cip mikropemproses untuk pelbagai produk yang mengalami kekurangan bekalan.

PS5 Design Revealed, PlayStation 5 Digital Edition Announced | Technology  News

Segala laporan di atas sejajar dengan kenyataan Sony yang dibuat pada awal tahun ini. CFO Hiroki Totoki menyebut tentang kekurangan komponen PS5 yang akan berlanjutan hingga 2022. Dalam pengumuman itu, Sony menyatakan bahawa penyebab utama kepada kekurangan bekalan konsol PS5 adalah kerana kekurangan cip yang disebabkan oleh pandemik global.

Tetapi apa pendapat anda? Ditambah lagi dengan isu scalper, adakah isu kekurangan CPU dan GPU akan berlarutan lebih lama?

Sumber – VGC

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: cpuGPUintelstok terhadTeknologi
Previous Post

Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) 2021 bakal menyatukan dan memperkukuh Industri Kreatif Asia Tenggara

Next Post

Ultraman Ribut – Jom kenali Ultraman pertama dari Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ultraman Ribut – Jom kenali Ultraman pertama dari Malaysia!

Ultraman Ribut - Jom kenali Ultraman pertama dari Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd