Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

*SPOILER* Kejadian sebenar di sebalik kematian Kozuki Oden dalam One Piece!

Seorang lagi wira baik terkorban.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 2, 2020
in Artikel, Berita, Manga
0 0
0
*SPOILER* Kejadian sebenar di sebalik kematian Kozuki Oden dalam One Piece!
Share on FacebookShare on Twitter

Wano telah menjadi salah satu story arc paling popular dalam francais One Piece, dan dengan cerita “flashback” baru-baru ini, ia telah memberikan kita antara adegan terbaik kerana mengikuti peristiwa-peristiwa sebenar di sebalik kematian Kozuki Oden.

Amaran! *SPOILER*

Bab terkini dalam manga One Piece melihat Oden sedang cuba untuk bertahan hidup di dalam kawah panas mendidih, sambil mengangkat pengikutnya di atas kepala. Dengan tanggungjawab yang berat ini, Kaido dan Orochi bersetuju bahawa jika Oden berjaya bertahan di dalam kawah selama satu jam, dia akan dibebaskan dan tidak dihukum bunuh.

Sebelum ini semua berlaku, Oden memegang nama sebagai “Bakatono” atau “Fool of a Lord” dan menjadi pengemis jalanan sambil menari dalam seluar dalamnya. Rakyat Wano tidak percaya apa yang sedang berlaku selepas melihat wira kebanggaan mereka dalam keadaan ini lalu mereka pun turut mencaci dan mengkutuknya. Kemudian, ia didedahkan bahawa Oden sebenarnya memenuhi kehendak Orochi bagi menyelamatkan nyawa rakyat Wano. Tidak tahan dengan kezaliman Orochi, Oden mengarahkan pengikutnya untuk menyerang Orochi… walau bagaimanapun, serangan ini tidak berjaya dan samurai mulia serta pengikutnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati.

Kembali kepada penjelasan di atas, Oden berjaya bertahan selama satu jam dalam kawah yang panas, tetapi Kaido dan Orochi menipu lalu memerintahkan askar-askar Oden untuk menembak Oden dan pengikutnya. Seda bahawa waktunya akan berakhir, Oden menyuruh para pengikutnya untuk melarikan diri dan memohon mereka untuk meneruskan impiannya. Dengan air mata di mata, pengikut-pengikut Oden melarikan diri, tidak dapat menyelamatkan lelaki yang sangat mereka hormati.

 

1 of 2
- +

Dengan satu nafas terakhir, Oden menyampaikan ucapan yang emosi, menyatakan bahawa dia “born to boil“, di mana askar Orochi menembaknya di kepala. Dengan sebuah senyuman terukir di wajah, Oden meninggal dunia tetapi tahu dia tidak mati dengan sia-sia.

Di sinilah Oden meramalkan bahawa 20 tahun akan datang, sebuah perang besar akan tiba. Tertulis dalam wasiat kepada isterinya Toki, Oden kata bagaimana “musim sejuk yang panjang” akan melanda Wano dan mereka yang dapat mengalahkan Kaido akan hadir tidak lama kemudian.

Mesti ramai yang tunggu bab 973 kan? Ini bermakna beberapa soalan terbesar untuk siri One Piece akan terjawab pada isu seterusnya. Adakah anda bersedia untuk peperangan di negara Wano? Apa pendapat anda tentang “flashback” Kozuki Oden?

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeKozuki OdenmangaOdenone pieceWano
Previous Post

Feature “Death Replay” diadakan untuk kemaskini PUBG Mobile 0.17.0!

Next Post

Pemain esports main “O-SOM” selepas isu sambungan kejohanan FIFA 20!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pemain esports main “O-SOM” selepas isu sambungan kejohanan FIFA 20!

Pemain esports main "O-SOM" selepas isu sambungan kejohanan FIFA 20!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd