Meraikan ulang tahun ke-9 Boruto: Naruto Next Generations, Edisi Khas V Jump untuk bulan Julai mempersembahkan sesi soal jawab eksklusif bersama artis Ikemoto Mikio, dengan fokus terhadap Uzumaki Himawari, anak perempuan kepada Uzumaki Naruto dan Hyuuga Hinata.
Jawapan Ikemoto dalam wawancara ini mendedahkan sedikit tentang sejarah Himawari serta kehidupannya selepas peristiwa timeskip.
Salah satu soalan utama yang sering menjadi tanda tanya di kalangan peminat ialah tentang keadaan Himawari selepas kejadian dramatik dalam Part 1. Ikemoto berkongsi:
“Atas kehendaknya sendiri, dia memilih untuk tinggal seorang diri di rumah keluarganya. Dia percaya mereka akan kembali suatu hari nanti, dan dia ingin menjaga rumah itu sementara menanti kepulangan mereka.”

Dalam dunia Boruto di mana Boruto telah dibuang dari Konoha dan dilihat sebagai pembunuh Hokage ke-7 dan isterinya (kerana efek jutsu Omnipotence atau Zennō dalam bahasa Jepun), Uzumaki Himawari dilihat sebagai satu-satunya waris yang masih bertahan.
Menurut Ikemoto, Himawari kini tinggal sendirian di rumah Uzumaki dan cuba meneruskan hidup seorang diri. Walaupun Naruto telah diisytiharkan mati, Himawari tetap percaya ibu bapanya masih hidup dan akan kembali. Dalam diam-diam, dia mempersiapkan segalanya agar rumah itu tetap menjadi tempat untuk mereka pulang nanti.

Dalam erti kata lain, Himawari kini menjadi satu-satunya harapan untuk meneruskan legasi puak Uzumaki di Konoha. Apa yang menarik, walaupun ramai menganggap Kawaki sebagai sebahagian daripada keluarga Uzumaki (memori seluruh dunia menganggap Kawaki sebagai anak Naruto, bukan Boruto), realitinya Himawari hidup sendirian.

Seiring dengan perkembangan siri ini, peminat boleh menjangkakan bahawa anak perempuan Naruto bakal memainkan peranan lebih besar dalam mencorakkan masa depan dunia ninja. Manalah tahu, mungkin dia yang akan menyelamatkan Naruto dan Hinata, dan memulihkan keadaan kepada asal.
@gamersantaimy
Discussion about this post