Kazuma Kiryu dijadikan “wanita” dalam fan mod dalam game Yakuza Kiwami 2. Peminat Yakuza, RyuHachii melancarkan mod itu pada 1 Mac baru ini. Ia hanya berfungsi dengan pakaian default Kazuma, walaupun RyuHachii juga mempunyai rancangan untuk menambahkan pakaian alternatif, termasuklah versi karakter tanpa baju, serta sokongan untuk game Yakuza: Like a Dragon.
RyuHachii memberitahu di laman peminat The Tojo Dojo bahawa beliau menjadi fans bagi game popular tersebut sejak Yakuza 0 dalam setahun setengah tahun yang lalu, dan sejak itu beliau menjadi salah seorang peminat game Yakuza. Beliau turut berkongsi yang beliau mula terlibat dalam modding scene sejak November tahun lalu, awal sebelum versi English bagi game Yakuza: Like a Dragon dilancarkan. Tercetusnya idea untuk membuat mod ini setelah beliau melihat beberapa fan art Kazuma dalam rupa wanita dan beliau merasakan yang ianya idea yang menarik untuk menjadikannya didalam game. RyuHachii juga membuka permintaan jika ada permintaan dari peminat game Yakuza yang lain untuk beliau menukarkan juga watak-watak lain, dia juga merancang untuk membuat Majima dan Ryuji, dua watak popular lain dalam game versi wanita seperti yang dilakukannya pada Kazuma.
Anda boleh download mod Kazuma Kiryu versi perempuan ini dan boleh dimainkan terus sekarang.
Sega telah mengeluarkan Yakuza Kiwami 2, remake penuh bagi Yakuza 2. di Jepun untuk Playstation 4 pada bulan Disember 2017, dan untuk versi bahasa Inggeris pada bulan Ogos 2018. Remake bagi game itu menggunakan “Dragon Engine” yang dicipta oleh Sega untuk membangunkan Yakuza 6: The Song of Life, beserta juga watak baru dan senario baru yang boleh dimainkan.
Sega mengeluarkan Yakuza: Like a Dragon (Ryū ga Gotoku 7: Hikari to Yami no Yukue) untuk PS4 di Jepun sebagai Ryū ga Gotoku 7: Hikari ke Yami no Yukue (Yakuza 7: The Direction of Light and Dark) pada Januari 2020 tahun lalu. “Like a Dragon” dalam title versi Barat Yakuza: Like a Dragon adalah terjemahan dari siri judul Jepun iaitu Ryū ga Gotoku.
Gangster dan Yakuza macam mana pun seseorang itu, bila dah ditukarkan ke versi wanita pun boleh jadi lawa.
Sumber: AnimeNewsNetwork, Nexus Mods, The Tojo Dojo

@gamersantaimy
Discussion about this post