PlayStation Asia telah mengumumkan sejumlah game tambahan ke katalog PlayStation (PS) Plus bulan Oktober 2023 untuk pelanggan Extra dan Deluxe.
Antara game yang bakal ditambah adalah Gotham Knights, Disco Elysium: The Final Cut, The Dark Pictures Anthology: House of Ashes dan banyak lagi! Kesemua game ini akan tersedia bermula 17 Oktober 2023. Berikut adalah rumusan untuk senarai game yang akan tersedia dalam katalog PS Plus bulan Oktober 2023.
Gotham Knights | PS5
Kini terserah kepada Batman Family untuk melindungi Gotham dan memberi harapan kepada penduduknya setelah kematian Batman. Gotham Kinghts merupakan sebuah game action RPG open-world yang berlaku di Gotham City. Meronda di bandar tersebut secara solo atau co-op dan banteras jenayah yang berleluasa.
Disco Elysium – The Final Cut | PS4, PS5
Sebagai seorang detektif, anda mempunyai sistem skill unik dan seluruh bandar untuk mencari petunjuk. Berjumpa dengan watak-watak lain, selesaikan kes pembunuhan atau mengambil rasuah. Jadi hero atau jadi manusia yang paling tidak bertauliah.
The Dark Pictures Anthology: House of Ashes | PS4, PS5
House of Ashes merupakan entri ketiga dalam siri The Dark Pictures Anthology oleh Supermassive Games. Dalam entri ini, sebuah unit ketenteraan, diiringi oleh pegawai lapangan CIA, diperintahkan untuk menyiasat fasiliti senjata kimia bawah tanah. Penemuan ngeri serta beberapa keputusan yang sukar telah dibuat untuk unit tersebut untuk menyelamatkan diri daripada bahaya yang mengejar mereka.
Dead Island Definitive Edition | PS4
Terperangkap di tengah-tengah wabak zombi epik di pulau tropika Banoi, kelangsungan hidup adalah satu-satunya keutamaan anda. Gunakan segala serangan secara solo atau co-op sehingga empat pemain dalam dunia terbuka yang luas untuk diteroka.
Outlast 2 | PS4
Dua wartawan mempertaruhkan segala-galanya untuk mendedahkan cerita yang tidak akan disentuh oleh orang lain. Petunjuk terbaharu mereka mengikuti jejak petunjuk yang bermula dengan pembunuhan wanita hamil yang kelihatan mustahil hanya dikenali sebagai Jane Doe. Penyiasatan itu membawa mereka ke padang pasir Arizona, kepada kegelapan yang begitu dalam sehingga tiada siapa yang dapat menjelaskannya.
Alien: Isolation | PS4
Elite Dangerous | PS4

FAR: Changing Tides | PS4, PS5

Gungrave G.O.R.E.

Eldest Souls | PS4, PS5

Röki | PS4, PS5

Classic
- Tekken 6 | PS4, PS5
- Soulcalibur: Broken Destiny | PS4, PS5
- Ape Escape Academy | PS4, PS5
- IQ Final | PS4, PS5
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Sebagai peringatan, semua game di atas akan ditambah ke katalog PS Plus pada 17 Oktober 2023. Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post