Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Katalog PS Plus Mei 2024 – Red Dead Redemption 2, Cat Quest II, Stranded: Alien Dawn & Banyak Lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 16, 2024
in Artikel, Berita, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Katalog PS Plus Mei 2024 – Red Dead Redemption 2, Cat Quest II, Stranded: Alien Dawn & Banyak Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan mereka akan menambah sejumlah game baharu ke katalog game PlayStation Plus (PS) bulan Mei 2024 bagi pelanggan Extra dan Deluxe.

New addition to the PlayStation Plus Game Catalog, live May 21st. pic.twitter.com/38R5hxTWjD

— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) May 16, 2024

Antara game yang bakal ditambah termasuk Red Dead Redemption 2, Cat Quest II, Stranded: Alien Dawn dan banyak lagi. Kesemua game ini akan tersedia bermula 21 Mei, jadi anda tidak perlu menunggu begitu lama. Berikut adalah senarai game yang akan tersedia dalam katalog PS Plus Mei 2024.

Cat Quest (PS4)

Cat Quest ialah open world RPG yang berlangsung dalam dunia kucing! Untuk mencari adik perempuan anda yang diculik, anda pergi ke benua besar Felingard—sebuah dunia yang direka dalam gaya peta dahulu kala dan penuh dengan watak, cerita dan aktiviti menarik.

Cat Quest II (PS4)

Cat Quest II ialah 2D open-world action-RPG yang berlansung dalam alam fantasi kucing dan anjing. Di bawah ancaman daripada peperangan yang berterusan antara kucing Felingard dan anjing-anjing Lupus Empire, Cat Quest II menceritakan tentang dua raja, yang disatukan di atas kehendak mereka, dalam satu perjalanan untuk menuntut semula takhta mereka. Bermain sebagai kucing dan anjing sambil meneroka kerajaan mereka secara solo atau bersama rakan secara local co-op!

Crime Boss: Rockay City (PS5)

Bermain sebagai bintang underworld, Travis Baker (Michael Madsen), yang ingin menjadi raja baharu Rockay City. Dalam kempen ‘roguelike’ solo, anda akan menggunakan strategi dan senjata api untuk melakukan rompakan licik dan menuntut kawasan daripada ketua gengster lain, sambil mengelak daripada Sheriff Norris (Chuck Norris).

Bekerjasama dengan pasukan anda, dan belajar bagaimana masing-masing berada di Rockay City dalam misi flashback mendebarkan. Sebagai alternatif, bentuk geng anda sendiri dalam mode online player-versus-environment multiplayer dan bekerjasama untuk melakukan rompakan.

DECEIVE INC. (PS5)

Menyamar sebagai ejen rahsia terhebat di dunia dalam game multiplayer sosial ini. Menyamar sebagai sesiapa sahaja untuk bergaul dengan orang ramai, menggunakan alat berteknologi tinggi untuk mendapatkan kelebihan, dan ekstrak pakej sebelum musuh mengambilnya! Pilih gaya permainan anda dengan senarai ejen yang pelbagai, masing-masing dengan senjata, dan set kemahiran mereka sendiri yang boleh disesuaikan.

The LEGO Movie 2 Video Game (PS4)

Raksasa asing telah menceroboh Bricksburg dan menculik rakan-rakan Emmet! Kini terpulang kepada Emmet dan beberapa watak heroik untuk menyelamatkan rakan mereka daripada penghuni Systar System. Mengembara ke angkasa lepas, temui dunia baharu dan uji kemahiran Master Building anda.

Red Dead Redemption 2 (PS4)

Daripada pencipta Grand Theft Auto V, Red Dead Redemption 2 adalah kisah kehidupan di Amerika pada awal zaman moden. Selepas rompakan di bandar Blackwater, Arthur Morgan dan Van der Linde Gang terpaksa melarikan diri. Dengan ejen federal dan pemburu terhandal di negara sedang mencari mereka, kumpulan itu mesti merompak, mencuri dan berjuang merentasi rantau Amerika untuk terus hidup. Arthur mesti membuat pilihan antara cita-citanya sendiri atau kesetiaan kepada kumpulan yang membesarkannya.

Red Dead Redemption 2 juga termasuk Red Dead Online—pengalaman multiplayer yang berlangsung dalam dunia Red Dead Redemption 2—gerak solo atau membentuk pasukan; tempa laluan sendiri di sempadan Amerika.

The Settlers: New Allies (PS4)

The Settlers: New Allies adalah permainan strategi dengan mekanik membina yang mendalam dan pertempuran strategik secara real-time. Pilih antara tiga puak: Elari, Maru, dan Jorn. Setiap satu mempunyai rupa, gaya permainan, dan latar belakang yang unik. Alami kempen berasaskan cerita dalam dunia The Settlers, atau cuba mode Hardcore dan cabaran tambahannya. Main online dengan sehingga lapan pemain dalam pertempuran menentang pemain lain atau AI.

The Sims 4 City Living (PS4)

Bawa Sims anda ke bandar dan terokai semua yang ditawarkan. Lawat bandar yang padat, atau kawasan kejiranan dengan personaliti unik tersendiri. Bawa Sims anda ke festival berbeza di seluruh bandar di mana mereka boleh menonton penghibur jalanan, menyertai pertandingan dan bertemu lapisan masyarakat yang berbeza. Alami cabaran yang datang dengan apartmen pertama Sims, kemudian usahakan penthouse impian mereka.

(Memerlukan The Sims 4 untuk bermain. The Sims 4 dijual secara berasingan.)

Stranded: Alien Dawn (PS5, PS4)

Tempuhi dunia baharu dalam Stranded: Alien Dawn, sebuah planet survival sim yang meletakkan nasib kumpulan kecil di tangan anda. Cipta cerita anda melalui permainan strategik sambil membuat keputusan penting untuk melindungi mangsa yang terselamat daripada kebuluran, penyakit, cuaca melampau dan banyak lagi. Dari kem asas hingga ke pangkalan yang berkubu, cipta kubu kuat untuk mempertahankan mangsa yang terselamat daripada serangan makhluk asing yang berkeliaran di dunia yang luas dan maut.

Watch Dogs (PS4)

Bermain sebagai penggodam hebat Aiden Pearce, yang sedang memburu mereka yang mencederakan keluarganya di game open world ini. Anda akan dapat memantau dan menggodam semua orang yang mengelilingi anda dengan memanipulasi semua yang disambungkan ke rangkaian bandar. Menggunakan telefon pintar, anda mempunyai kawalan masa nyata ke atas infrastruktur bandar. Perangkap musuh dengan memanipulasi lampu isyarat. Hentikan kereta api, dan kemudian naik untuk mengelak daripada pihak berkuasa. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan CTOS bandar boleh menjadi senjata anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cat Quest IIps plusRed Dead Redemption 2
ShareTweetSend
Previous Post

MOBA Honor of Kings Akan Tiba 20 Jun, Pre-register Sekarang!

Next Post

Semua Game Minecraft Dapat Diskaun Besar Sempena Ulang Tahun Ke-15

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Semua Game Minecraft Dapat Diskaun Besar Sempena Ulang Tahun Ke-15

Semua Game Minecraft Dapat Diskaun Besar Sempena Ulang Tahun Ke-15

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd