Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan mereka akan menambah sejumlah game baharu ke katalog game PlayStation (PS) Plus bulan Mac 2024 bagi pelanggan Extra dan Deluxe.
Antara game yang bakal ditambah termasuklah Marvel’s Midnight Suns, Resident Evil 3, NBA 2K24 dan banyak lagi. Kesemua game ini akan tersedia bermula 19 Mac ini, jadi anda tidak perlu menunggu begitu lama. Berikut adalah senarai game yang akan tersedia dalam katalog PS Plus Mac 2024.
NBA 2K24 Kobe Bryant Edition | PS4, PS5
Bermain sebagai pasukan kegemaran NBA dan WNBA kegemaran anda dalam NBA 2K24, yang kini penuh dengan barisan pemain terkini dan pasukan legenda. Jadilah pemain terbaik dengan memaparkan pergerakan terbaik anda serta dribble hebat dalam kejohanan ini!
Marvel’s Midnight Suns | PS4, PS5
Game ini merupakan game RPG taktikal yang berlaku dalam Marvel Universe yang lebih gelap. Berpasukan dengan Midnight Suns untuk menumpaskan Lilith, Mother of Demon daripada menghidupkan semula Chthon.
Resident Evil 3 | PS4, PS5
Jill Valentine adalah antara orang terakhir yang tinggal di Raccoon City yang menyaksikan kekejaman yang dilakukan Umbrella. Untuk menghentikannya, Umbrella melepaskan senjata rahsia ultimate mereka; Nemesis! Bermain sebagai Jill, anda mesti menavigasi melalui jalan-jalan yang penuh huru-hara dan dipenuhi zombi di Raccoon City, dibina semula dengan menakjubkan menggunakan RE Engine Capcom.
LEGO DC Supervillains | PS4

Kadang-kadang boleh sahaja menjadi jahat. Jom alami pengembaraan baharu DC/LEGO dalam menjadi villain terbaik di dunia dalam LEGO DC Supervillains! Disertai oleh villain seperti The Joker, Harley Quinn dan mereka di Injustice League, sebuah pengembaraan epik akan bermula.
Mystic Pillars: Remastered | PS5

Diilhamkan daripada board game India, Mystic Pillars: Remastered merupakan sebuah game penuh puzzle dengan penceritaan imersif yang berlaku pada zaman India Purba. Anda akan bermain sebagai pengembara misteri yang tiba di Kerajaan Zampi.
Blood Bowl 3 | PS4, PS5

Musnahkan musuh anda dan masukkan lawan anda di kubur dalam game sukan berbahaya ini! Boleh dimainkan secara solo ataupun berlawan dengan pemain lain dalam talian.
Super Neptunia RPG | PS4
Game side-scrolling action RPG yang berlaku dalam meta-world di mana anda akan berpasukan bersama tiga dewi untuk berlawan!
Dragon Ball Z: Kakarot | PS5

Alami semula kisha Goku dan pejuang Z lain daripada siri manga dan anime popular. Versi PS4 game ini sudah tersedia pada katalog PS Plus.
PlayStation Classics
- Jak and Daxter The Lost Frontier | PS4, PS5
- Cool Boarders | PS4, PS5
- Gods Eater Burst | PS4, PS5
- Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy | PS4
- JoJos Bizarre Adventure AllStar Battle R
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Sebagai peringatan, semua game di atas akan ditambah ke katalog PS Plus pada 19 Mac 2024. Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post