Monkey D. Luffy sedang bersiap sedia untuk mengambil alih dunia, dengan tayangan filem ke-15 – One Piece: Red! Dengan fokus besar kepada Red-Haired Shanks dan anak perempuannya Uta, nampaknya pihak pembuat filem juga telah mengesahkan bahawa seorang penjahat utama dari masa lalu bakal membuat kemunculan dalam One Piece: Red iaitu Charlotte Katakuri.
Maklumat ini datang daripada halaman YouTube rasmi One Piece yang berkongsi reka bentuk untuk Katakuri, bersama dengan Oven dan Brulee. Bakal ditayangkan di Jepun pada 6 Ogos nanti, itu hanya segelintir daripada watak yang bakal muncul dalam filem ini nanti.
Seperti yang korang dapat lihat daripada video di atas, Katakuri akan memainkan peranan dalam filem akan datang ini. Kali terakhir kami melihat antagonis hebat ini beraksi adalah semasa Cake Island Arc di mana dia hampir memperoleh kemenangan ke atas Luffy sebelum kecundang kepada keletihan. Walaupun tidak muncul dalam Wano arc, ibunya Big Mom, telah bekerjasama dengan Kaido dalam usaha untuk membalas dendam terhadap Luffy.

Bagaimanapun, Wano arc pun sudah berakhir di halaman manga di mana peminat dapat melihat kekalahan Big Mom di tangan Trafalgar D. Water Law dan Eustass Kid. Berikutan kekalahannya Big Mom dan krewnya kepada geng Straw Hat, saya pun tidak pasti jika Katakuri akan berpihak kepada Luffy atau jadi musuh memandangkan Toei tidak menjelaskan “bila” kejadian dalam filem ini berlaku (sebelum atau selepas kejadian di Wano).
Pencipta Eiichiro Oda pun sedang mengusahakan finale One Piece, jadi saya tidak sabar untuk melihat peranan Katakuri dalam pertarungan terakhir dan kemunculan dia dalam filem Red. Apa pendapat korang pula? Adakah Katakuri akan berpihak kepada Luffy atau adakah dia akan jadi musuh? Jom kongsi pendapat di ruang komen!
Untuk segala liputan kami tentang siri One Piece, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post