Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kasut Nike tema PS5 kolaborasi pemain NBA Paul George

Amir Haziq by Amir Haziq
April 2, 2021
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Kasut Nike tema PS5 kolaborasi pemain NBA Paul George
Share on FacebookShare on Twitter

Tersebar berita di internet, apabila bintang bola keranjang Paul George menjadi model bagi sebuat kasut Nike edisi istimewa. Kasut khas Paul George ini menampilkan reka bentuk yang diilhamkan dari konsol Sony Playstation 5.

Pemain Los Angeles Clippers di NBA ini nampaknya mempunyai hubungan yang baik dengan Sony. Selain diberi hadiah PS5 oleh mereka semasa hari pelancaran, seluruh pasukan Clippers yang menyertai bersama Paul George sebelum permainan pertama musim 2021-2022 turut diberi hadiah PS5 dan headphone dari Sony.

Kasut Paul George PS5 ini menggunakan kasut bola keranjang Nike PG 5, model kasut yang sangat sesuai dengan menggabungkan “PS5” dengan nickname George iaitu “PG-13.” Kasut ini dikombinasikan dengan warna utama konsol iaitu biru, putih, dan hitam.

Selain itu, Nike juga telah memberikan ketelitian yang tinggi pada kasut tersebut. Elemen seperti loading screen dan logo PS5, outer shell berwarna putih, dan serta warna biru gradien jelas pada kasut Paul George PS5. Pada bahagian atas kasut ini pula mempunyai simbol butang Playstation versi kecil, corak yang sama seperti di controller PS5 DualSense di bawah mikroskop.

Tambahan pula, ini bukanlah kolaborasi pertama kasut Paul George dan Nike berkolaborasi. Pemain NBA yang dinobatkan sebagai All-Star sebanyak tujuh kali ini turut melancarkan model pertamanya dengan PlayStation pada tahun 2018, iaitu bertemakan PS2 dari model PG2. Hasil dari kejayaan yang pertama, George dan Nike mengeluarkan PG2.5s yang dilancarkan Disember lalu sebagai penghormatan kepada PlayStation 1 dengan logo kelabu klasik dan logo berwarna. Walaupun ianya mempunyai beberapa perbandingan dengan kasut Nike Nintendo 64, PS5 PG 5s baru ini mempunyai penampilan yang lebih menarik.

Selain menjadi atlet elit, Paul George juga hebat di permainan video. Beliau ternyata sangat meminati konsol Sony, kerana turut mengambil bahagian dalam kejohanan Fortnite Celebrity Pro-Am yang pertama. Acara 2018 tersebut menampilkan 50 pemain profesional Fortnite digabungkan dengan 50 selebriti dalam pertandingan duo. Hadiah kemenangan berjumlah wang tunai USD 3 juta  itu disumbangkan kepada amal pilihan pemenang.

Nike masih belum memberikan sebarang maklumat secara rasmi, namun Hypebeast menyatakan Nike Paul George “PlayStation 5” PG5s akan tiba akhir tahun ini dengan berharga $110 (anggaran RM455.56).

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nikepaul georgeplaystationps5PS5 PG
Previous Post

Khas di Apple Arcade, “Fantasian” permainan oleh pencipta Final Fantasy dilancarkan

Next Post

Review Monster Hunter Rise: Lebih bergaya, lebih menarik & seronok dinikmati bersama kawan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review Monster Hunter Rise: Lebih bergaya, lebih menarik & seronok dinikmati bersama kawan!

Review Monster Hunter Rise: Lebih bergaya, lebih menarik & seronok dinikmati bersama kawan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd