Siapa yang dah mendaftar KARTRIDER: DRIFT CBT2? Masih ingat kami ada kongsikan pendaftaran CBT2 untuk permainan ini telah dibuka? Jadi pada anda yang dah mendaftar, anda semua dah bersedia untuk berlumba serta drift di 7 trek tambahan dalam CBT2 yang akan bermula 4 hingga 10 Jun 2020 ini? Apa lagi, sediakan kart anda kerana beta tertutup ini akan tersedia di Xbox One dan PC! Dengan cross-play tersedia juga!
Jika anda terlepas pendaftarannya, jangan risau kerana ada tempoh pendaftaran tambahan sehingga 8 Jun (9:00 GMT+ 8) juga! Pengumuman akan dibuat pada 15:00 GMT+8 pada hari yang sama. Ikuti latihan anda dalam beta tertutup kedua ini sebelum pelancaran penuh!
Sebelum menyelami pengalaman baru dalam CBT2 untuk KARTRIDER: DRIFT, berikut adalah lima cara pantas untuk membantu pelumba tidak ketinggalan untuk CBT2 ini!
Trek baru disediakan dengan kesukaran baru!
Sebelum ini di CBT1, trek yang mudah dan pengenalan untuk pelumba baru berlumba dan drift disediakan. Sebaliknya di CBT2, akan terdapat 7 trek terbaru untuk dilumba! Trek terbaru ini diberi tahap yang lebih sukar dari sebelum ini yang terdiri daripada 5 tahap kesukaran yang berbeza. Ianya juga membolehkan pelumba melihat peta mini, yang membolehkan mereka memilih trek mengikut kemampuan masing-masing.
Kart yang terhebat? Kustom lah!
Seperti yang dinyatakan dalam artikel kami sebelum ini, pelumba berpeluang untuk kustom kart mereka sendiri! Dalam CBT2 ini, tersedia kart yang terhad bersama watak yang sememangnya semua menarik perhatian anda dan comel-comel! Akan tersedia Kart baru seperti Marathon Kart yang istimewa untuk trek kelajuan. Jadi kustom kart anda sepuas hati dalam CBT2 ini, dan watak seperti Dao, Bazzi, Brodi dan pelumba terbaru Diz juga akan tersedia!
Mod yang berbeza
Ya! Dalam CBT2, KARTRIDER: DRIFT akan tersedia mod game yang berbeza untuk pelumba bersedia memanaskan enjin mereka! Terdapat dua mod multiplayer tersedia iaitu Speed Mode dan Item Mode. Juga terdapat dua mod game baru untuk singleplayer, iaitu Racing School dan juga Time Attack. Jadi dah bersedia nak menjadi pemenang?
Cross-Play turut tersedia dalam CBT2!
Selain menjadi permainan free-to-play, KARTRIDER: DRIFT juga menyokong cross-play dan ianya boleh dicuba di CBT2! Semua pendaftar CBT2 tidak kira di Xbox One atau PC, semuanya boleh berlumba sama sendiri tidak kira di platform mana pun! Jadi memang seronok lah boleh berlumba beramai-ramai!
Barangan Eksklusif tersedia di CBT2!
Pelumba yang mengambil bahagian dalam CBT2 akan mendapat item eksklusif yang boleh dituntut semasa log masuk dalam tempoh CBT2 ini. Item log masuk berubah setiap hari, jadi pastikan anda tidak terlepas apa-apa pun semasa mengambil bahagian dalam CBT2.
Akan ada beberapa faedah tersedia pada pelumba yang menyertai CBT2 ini, selain daripada mengikuti latihan, ganjaran lengkap ini tersedia untuk anda:
- Kosmetik White Cloud Balloon yang mengikuti anda, boleh didapati oleh pelumba CBT 2 dalam pelancaran penuh
- Turbo Tortoise Kart – 4 June 07:00 sehingga 5 June 07:59
- Bunny Buggy Kart – 5 June 08:00 sehingga 7 June 07:59
- Simian Scrapper Kart – 7 June 08:00 sehingga 9 June 07:59
- Deuce Coupe Kart – 9 June 08:00 sehingga 10 June 21:00*(GMT +8)
Francais KARTRIDER mempunyai sejarah yang merangkumi lebih dari 15 tahun, lebih 300 juta pelumba di seluruh dunia dan bahkan liga esports yang paling lama berjalan di Korea. Banyak trek dan watak telah ditambahkan dari masa ke masa, serta mengharapkan lebih banyak kemas kini dari masa ke semasa untuk Drift dengan trek baru, kart, watak dan banyak lagi. Dengan KARTRIDER: DRIFT secara percuma, sememangnya bukan satu kerugian pun untuk anda menjadi pelumba berbakat dalam permainan ini!
Jadi apa lagi? Panaskan enjin anda, sedia dan mula!

@gamersantaimy
Discussion about this post