Walaupun kita boleh buat macam-macam gejala jahat dalam dunia game, sebuah laporan mendapati bahawa kartel Mexico menggunakan game GTA Online untuk merekrut pengedar dadah dalam kehidupan sebenar.

Menurut Forbes; pada November tahun lepas, para pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan di Arizona, AS menghentikan sebuah kereta Jeep Cherokee yang dipandu oleh Alyssa Navarro. Di dalam Jeep itu terdapat hampir 60kg dadah methamphetamine yang sedang diangkut ke Mexico. Apabila pegawai bertanya kepada Navarro bagaimana dia mendapat semua dadah itu dan mengapa dia memilikinya, Navarro berkata semuanya bermula selepas dia bertemu seorang lelaki semasa bermain GTA Online.

Seperti yang dijelaskan oleh Navarro, dia bermain GTA dengan seorang lelaki yang menggelarkan dirinya “George”. Selepas bermain selama beberapa jam bersama-sama, mereka akhirnya bertukar maklumat Snapchat dan kemudian bertemu secara peribadi di Phoenix. Sebaik sahaja bertemu, Navarro berkata George memintanya untuk menjadi “runner” dan mengangkut sejumlah barang elektronik dalam Jeep dari Arizona ke Mexico, di mana dia akan dibayar sebanyak $2,000 bagi setiap hantaran, dengan kadar yang semakin meningkat bergantung pada jumlah “elektronik” yang dihantar.

Menurut laporan itu, Navarro kemudian diarahkan untuk bertemu dengan seorang lelaki bernama Alfredo yang memuatkan Jeep dengan dadah dan menyembunyikannya di dalam tangki minyak kereta. Walaupun Navarro faham perbuatan mereka amat mencurigakan, dia tetap meneruskan hantaran.
Navarro kini didakwa atas kesalahan “berkonspirasi untuk mengimport dan menjual methamphetamine, serta tuduhan memiliki dadah”. Dia mengaku tidak bersalah semasa penampilan mahkamah pada hujung tahun lepas. Kes ini masih diteruskan.
Bukan setakat kehidupan sebenar, dalam game pun bahaya. Apa pendapat korang tentang cara kartel Mexico merekrut pengedar dadah dalam GTA Online? Kongsikan pendapat di ruang komen.
Sumber – Forbes
@gamersantaimy
Discussion about this post