Ramai yang tahu filem live-action Monster Hunter akan keluar di layar perak pada tahun depan. Tidak banyak yang kita tahu tentang filem ini selain dari beberapa gambar, tetapi hari ini, peminat akan mendapat melihat pandangan yang lebih jelas. Dimuat naik oleh FB fanpage Monster Hunter Asia, peminat dapat melihat pemburu misteri (Tony Jaa) memberi serangan terakhir pada Diablos yang tanduknya telah pecah. Jadi ia sah bahawa Diablos akan membuat penampilan dalam filem.
Diablos ialah salah satu raksasa kuat di Monster Hunter World dan hidup di bawah pasir. Dilabelkn sebagai sejenis wyvern, Diablos mempunyai lapisan perisai kuat yang menutupi badan dan ciri-ciri yang paling terkenal tentang raksasa ini ialah tanduknya yang tajam di atas mata. Diablos boleh berdiri menggunakan dua kaki dan mempunyai badan yang kuat lengkap dengan sayap yang lebar.
Selain itu, Diablos memiliki kebolehan untuk bergerak di bawah tanah, dan menggunakan taktik ini untuk membuat serangan hendap atau melarikan diri. Ia juga mampu menghasilkan raungan kuat yang mengejutkan semua musuh. Dengan menggunakan kakinya yang kuat dan kepalanya yang keras, Diablos dapat berlari pada kelajuan tinggi untuk menanduk musuh, bagi memaksimumkan potensi serangan.
Tidak banyak info yang didedahkan daripada imej, jadi peminat perlu menunggu trailer rasmi untuk ketahui lebih lanjut. Monster Hunter akan dilancarkan pada April 2021 (selepas ditunda) di bawah arahan Paul W.S. Anderson (Resident Evil) dan dibintangi oleh Milla Jovovich, Tony Jaa dan lain-lain.
Sinopsis:
“Di sebalik bumi kita, ada dunia lain di mana raksasa yang berbahaya dan kuat menghuni. Apabila Lt. Artemis (Milla Jovovich) dan askarnya dibawa dari dunia kita ke dunia baru, dia menerima kejutan terbesar dalam hidupnya. Dalam usaha untuk bertahan hidup sambil melawan musuh-musuh besar dengan kekuatan luar biasa, Artemis harus bekerjasama dengan seorang lelaki misteri untuk melawan balik takdir.”
@gamersantaimy
Discussion about this post