Pengguna yang mencari combo Ryzen/Nvidia boleh menantikan beberapa SKU baru daripada Asus. Komputer riba Asus TUF Gaming A17 telah disenaraikan di Expert.de dan dilengkapi dengan AMD Ryzen 7 5800H CPU dan Nvidia GeForce RTX 3060 Mobile GPU. Bahagian-bahagian ini tidak diumumkan secara rasmi, tetapi ia pasti adalah sebuah kombinasi yang menarik.
Pengedar Expert.de bukan sahaja menyenaraikan komputer riba ini tetapi juga mendedahkan spesifikasi yang sebelum ini tidak diketahui. Menurut laman web, Ryzen 7 5800H ini menampilkan base clock 3.0 GHz dan boost clock 4.3 GHz. Secara frekuensi, CPU-nya mempunyai nilai yang serupa dengan CPU “Renoir” Ryzen 7 4900HS. Jika dibandingkan dengan 4800H, CPU nampaknya mempunyai frekuensi 100 MHz lebih tinggi.
Untuk grafik, GN20-E3 GPU yang merupakan nama samaran untuk GeForce RTX 3060 Mobile datang dengan memori GDDR6 6GB. Ini adalah GPU mid-range baru yang akan berfungsi sebagai peningkatan kepada RTX 2060. Selain itu, produk mempunyai berat 2.6 kg, saiz 17 inci, paparan FHD 144 Hz, dan SSD NVMe 512GB PCIe Gen 3.0.
ASUS TUF Gaming A17 ini dilengkapi dengan memori DDR4 8GB 3200 MHz. Ini adalah frekuensi sama yang disokong pada CPU Renoir. Di samping itu, ia mempunyai bateri 90 WHr 4-cell Li-ion yang boleh menyediakan tambahan beberapa jam penggunaan, terutama lagi kerana menyokong teknologi NVIDIA Optimus. Berikut adalah spesifikasi ASUS TUF Gaming A17 (FA706QM-HX011T):
- 43.94 cm (17.3 “) matte IPS Full HD display (1920 x 1080)
- AMD Ryzen ™ 7 5800H processor (3.0 / 4.3 GHz, 16 MB)
- NVIDIA® GeForce® GN20-E3 graphics card
- 8 GB DDR4 memory
- 512 GB SSD hard drive
- Wi-Fi (802.11ax), Bluetooth 5.1
- 1x USB-C 3.2, 3x USB-A 3.2, 1x 3.5mm combo audio jack
- Windows 10 Home
@gamersantaimy
Discussion about this post