PUBG Mobile dan info “leaked” memang tidak boleh dipisahkan.. Baru-baru ini, Tencent telah mengumumkan penambahan peta baru bernama Library untuk mod TDM dan juga kedatangan Miramar 2.0. Kali ini, info baru telah muncul mengenai ganjaran rank Season 13 akan datang.
Season 12 kini sudah berada di minggu ke-4, dan sebuah channel youtube bernama Mr.GhostGaming berjaya mendapatkan maklumat tentang ganjaran Rank dalam Season 13 akan datang. Pemain hanya boleh tebus ganjaran percuma tersebut apabila mereka mencapai tahap tertentu. Sudah tentu ganjaran di Season 13 tidak jauh beza daripada musim sebelumnya yang pasti mempunyai Parachute, Frame, dan Skin. Saya pun tidak ingin meleter panjang di sini, mari kita lihat ganjaran menarik Season 13:
Jadi apakah pendapat anda? Adakah skin ini nampak bergaya? Tarikh rasmi untuk Season 13 masih belum diumumkan, tetapi mesti ramai kan yang nak kumpul skin AUG tuh. Apatah lagi, para “collector” yang suka kumpul skin-skin eksklusif. Oleh itu, kami hanya perlu hanya menunggu untuk ganjaran-ganjaran di atas apabila Season 13 keluar di versi global.

@gamersantaimy
Discussion about this post