Developer Apex Legends, Respawn Entertainment sedang mengalami beberapa isu dan masalah dalaman dengan game battle royale mereka yang popular itu. Dalam satu blog post terbaru, syarikat itu mengatakan bahawa ia berancang untuk memperbaiki beberapa isu dan dalam masa yang sama akan lebih meningkatkan komunikasi dengan peminat.
https://twitter.com/JayFrechette/status/1113549155392090112
Pengurus komuniti untuk Respawn, Jay Frechette berkata:
“Perkembangan yang pesat adalah satu perkara yang menarik untuk dicapai, dan kami sangat gembira dengan sambutan yang kami terima sejak ia [Apex Legends] dilancarkan. Walau bagaimanapun, perkembangan itu datang dengan beberapa cabaran yang jelas, dan kami telah menghadapi beberapa masalah di sepanjang jalan termasuklah kemaskini yang tidak teratur, kandungan yang berkurangan serta harapan yang pemain inginkan pada masa hadapan untuk terus menyokong game ini.”
Pengarah eksekutif, Drew McCoy berkata:
“Kestabilan dalam Apex Legends adalah amat penting bagi kami, dan kami sedang melakukan banyak kerja dalaman untuk meningkatkan usaha dan proses kami secara keseluruhan. Walaupun terdapat kemajuan yang baik ke arah permainan yang lebih sihat, komuniti kita juga semakin membesar, dan isu yang dibangkitkan pemain perlu ditangani.”
Ini adalah kemaskini dalam blog Apex Legends:
- Prestasi server yang lambat pada permulaan awal permainan
“Setakat ini, kami tahu bahawa ia memberi kesan kepada beberapa datacenter lebih daripada yang lain, di mana ia berlaku pada kebanyakan server yang berbeza, dan tidak kelihatan untuk kena pada beberapa server yang menggunakan mesin yang sama. Dalam erti kata lain, bukannya masalah mesin yang overloaded dan kesemuanya berjalan begitu lambat, tetapi – ia bermasalah apabila mesin yang sama melakukan lebih kerja daripada yang lain, dan mereka sedang berusaha untuk membaiki masalah ini dan fahamkan punca asalnya. Ini adalah keutamaan yang sangat penting bagi kami untuk menyelesaikannya, dan kami akan memastikan pemain dapat kemaskini yang terkini untuk sebarang perkembangan.”
- Masalah Audio
Nice sound, Apex pic.twitter.com/7eOnUZnJOl
— ✨Lets FЯAQ✨ (@thatregularchap) April 4, 2019
Kini sedang menguji beberapa penambahbaikan yang berpotensi dan diharapkan dapat menangani banyak isu prestasi yang telah dilaporkan pemain.
- Cheaters
Kami telah melakukan banyak kerja di sebalik tabir. Ini adalah sesuatu yang kami akan sentiasa simpan sebagai rahsia untuk mengelakkan intipan pergerakan kami untuk cheaters dalam game, tetapi kami akan berkongsi lebih banyak mengenai progres yang dibuat minggu depan.
- Pelancaran Musim
Pemulaan setiap musim akan diberikan Battle Pass yang besar, Legend baru dan sesuatu yang baru untuk meta dan banyak lagi.
- Tingkatkan Komunikasi
Kami perlu menyediakan lebih banyak kandungan untuk masa depan dan apa yang kami sedang kerjakan. Itu tidak bermakna kami akan mula memberitahu semua yang tentang apa yang pemain ingin tahu, tapi pemain boleh menjangkakan lebih banyak transparency dalam kemaskini.
Di EA PLAY pada bulan Jun ini, kami akan memberikan butiran terperinci tentang apa yang korang boleh jangkakan untuk Musim kedua. Kami telah melihat dan membaca semua maklum balas pada Musim pertama dan berharap dapat menunjukkan peningkatan yang kami akan buat. Untuk Musim kedua, pemain boleh mengharapkan Battle Pass dengan kandungan yang lebih bermakna, pengenalan kepada Legend baru, kemunculan senjata baru … dan korang mesti tidak mengharapkan Kings Canyon untuk kekal sama selama-lamanya, kan?
- Penangguhan Titfanfall demi Apex Legends
Akhir sekali, seperti games lain yang sedang dibangunkan di Respawn, adalah penting untuk memahami bahawa terdapat pasukan developer yang berasingan di Apex Legends dan Star Wars Jedi: Order Fallen. Tambahan lagi, untuk menyokong sepenuhnya Apex Legends, kami akan tangguhkan rancangan untuk permainan Titanfall masa depan dan tiada sumber dari pasukan Apex Legends akan dipindahkan ke tajuk lain dalam pembangunan studio di sini dan kami juga tidak akan menggunakan sumber dari pasukan yang sedang bekerja Star Wars Jedi: Fallen Order. Kami tahu kami mempunyai banyak kerja untuk masa hadapan, dan kami sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran kerana kami tidak sabar-sabar untuk membina Apex Legends yang lebih berpotensi bersama pemain.
Sumber: Respawn Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post