Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kaiju No 8 Akan Ditayangkan Melalui X (Twitter)! Tayangan Bermula April 2024!

Maira by Maira
December 18, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Kaiju No 8 Akan Ditayangkan Melalui X (Twitter)! Tayangan Bermula April 2024!

© 防衛隊第3部隊 松本直也/集英社

Share on FacebookShare on Twitter

Acara Jump Festa 2024 telah membawakan banyak kemas kini baharu mengenai siri-siri yang diterbitkan melalui majalah Jump! Kaiju No 8 juga mempunyai beberapa berita baharu yang didedahkan. Antaranya trailer baru. Yang menariknya, dalam trailer tersebut mengumumkan bahawa siri anime tersebut akan distrim melalui Twitter (X) secara global, waktu yang sama seperti tayangan di Jepun!

Siri anime Kaiju No 8 akan ditayangkan pada April 2024. Buat masa ini tiada tarikh rasmi tayangan yang diumumkan.

Pengenalan Kaiju No 8

Dalam sebuah dunia yang diancam oleh makhluk berbahaya yang dikenali sebagai Kaiju, Kafka Hibino bercita-cita untuk menyertai Japan Defense Force untuk mengalahkan mereka.

“Jom hapuskan Kaiju bersama-sama.”

Kafka telah berjanji kepada kawan masa kecilnya, Mina Ashiro. Masa berlalu, masalah hidup memaksa mereka untuk berpisah mengikut haluan masing-masing dan menyebabkan Kafka melupakan cita-citanya itu.

© 防衛隊第3部隊 松本直也/集英社

Kini dia bekerja dengan Monster Sweeper, Inc. yang merupakan sebuah syarikat pembersihan yang pakar dalam membersihkan kesan pertarungan Kaiju. Sementara itu, Mina Ashiro kini kapten kepada Japan Defense Force untuk divisyen ketiga. Melihat kedudukannya sekarang, dia tidak layak untuk menentang Kaiju bersama Mina.

Semasa bekerja, Kafka bertemu dengan Reno Ichikawa. Kesungguhan Reno untuk serta Defense Force membuatkan Kafka ingin menyambung semula cita-citanya untuk bersama Mina sambil mereka mempertahankan manusia daripada Kaiju.

© 防衛隊第3部隊 松本直也/集英社

Animasi Kaiju No. 8 dihasilkan oleh Production I.G manakala Studio Khara pula terlibat sebagai penyelia untuk reka bentuk Kaiju dalam siri anime tersebut. Berikut adalah pelakon suara watak yang telah didedahkan:

  • Masaya Fukunishi sebagai Kafka Hibino/ Kaiju No.8
  • Wataru Katoh sebagai Reno Ichikawa
  • Asami Seto sebagai Mina Ashiro
  • Fairouz Ai sebagai Kikoru Shinomiya
  • Kengo Kawanishi sebagai Soshiro Hoshina
© 防衛隊第3部隊 松本直也/集英社

Untuk anda yang tidak mengenali siri ini, ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Naoya Matsumoto dan diterbitkan melalui Shonen JUMP + sejak 2020. Anda boleh membaca manga tersebut secara percuma melalui aplikasi dan laman web Manga Plus. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kaiju No 8Kaiju No. 8
ShareTweetSend
Previous Post

Azure Ray memenangi ESL One Kuala Lumpur 2023, Selepas Mengalahkan Gaimin Gladiators!

Next Post

Malaysia Menjadi Tuan Rumah ‘M6 World Championship’ Pada 2024

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Malaysia Menjadi Tuan Rumah ‘M6 World Championship’ Pada 2024

Malaysia Menjadi Tuan Rumah 'M6 World Championship' Pada 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd