Sebelum ini, Just Cause Mobile telah dilancarkan untuk akses awal di Singapura dan kini mereka menambah tiga lagi negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Thailand dan Filipina untuk akses awal yang boleh di download untuk pengguna Android sahaja.
Mereka telah mendedahkan game ini di The Game Awards 2020 dan merupakan versi yang kecil daripada francais Just Cause untuk mobile. Semasa game ini didedahkan, ramai yang tidak berpuas hati dengan gameplay game ini kerana memilih untuk menggunakan perspektif top-down daripada third-person.

Just Cause: Mobile adalah free-to-play shooter game yang berlangsung dalam Just Cause Universe. Game ini bukanlah sekuel kepada Just Cause 4, sebaliknya, Just Cause: Mobile adalah kisah baharu yang akan diceritakan dari sudut pandangan yang berbeza dengan gameplay yang dibuat khas untuk mobile.
Terdapat beberapa penambahan baharu seperti Triple Threat Multiplayer Action yang mengandungi 30 pemain dalam satu masa, Clan Battle dan menggunakan gajet wingsuit, grapple, payung terjun serta kenderaan. Buat masa sekarang, game ini menampilkan kempen co-op, multiplayer dengan 30 pemain dalam satu lobi dan banyak lagi.
Pada awalnya, Just Cause: Mobile telah dijadualkan untuk keluar pada tahun 2021. Namun, kerana pandemik Covid-19, mereka terpaksa menunda game ini kepada tahun 2022.
Saya ingin mengingatkan bahawa game ini hanya tersedia di Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina untuk pengguna Android sahaja. Untuk pengguna iOS yang nak bermain game ini, korang kena sabar sikit sehingga ianya dilancarkan seluruh dunia pada tahun ini dan akan tersedia untuk iOS dan juga Android. Kepada pengguna Malaysia yang berminat, korang boleh download Just Cause: Mobile di Play Store mulai hari ini. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Just Cause, sila klik pautan ini.
Sumber: Aksiz

@gamersantaimy
Discussion about this post