Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen: Sukuna Adalah Pakcik Kepada Yuji Itadori?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 1, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen: Sukuna Adalah Pakcik Kepada Yuji Itadori?

Kredit: @snurflecolours

Share on FacebookShare on Twitter

Boleh diakui, bab 257 merupakan salah satu bab paling mengejutkan dalam siri Jujutsu Kaisen dan menumpukan pada pertempuran antara Sukuna dan Yuji Itadori. Namun bukan pertempuran mereka sahaja yang menjadi tumpuan kerana peminat akhirnya dapat belajar lebih lanjut tentang kelahiran Yuji, keturunannya, dan hubungannya dengan Ryomen Sukuna, raja segala sumpahan.

And the results say…. Yuji is ___’s CHILD?! 😱

Read Jujutsu Kaisen, Ch. 257 in Shonen Jump for free! https://t.co/DGgiQRS8Od pic.twitter.com/bSfP9RGSN1

— Shonen Jump (@shonenjump) April 21, 2024

Kisah Sebenar Di Sebalik Hubungan Yuji Dan Sukuna

Kredit: Shueisha

Dalam Jujutsu Kaisen bab 257, Sukuna didedahkan sebagai bapa saudara (pakcik) kepada Yuji. Dalam flashback, Uraume, bertanya siapakah Yuji Itadori kerana merasakan budak lelaki itu mempunyai kehadiran/aura yang sama kuat seperti Sukuna. Di sini, Sukuna menjawab bahawa orang yang bertanggungjawab dalam kelahiran Yuji, tidak lain adalah Kenjaku.

Sukuna teruskan penjelasan dan memberitahu bahawa ketika dia masih dalam kandungan ibunya, dia terpaksa memakan kembarnya kerana tidak ingin mati kelaparan.

Kredit: Shueisha

Namun, roh kembar Sukuna nampaknya telah menjelma semula. Berabad-abad kemudian, kembar Sukuna menjelma semula sebagai Jin Itadori, yang kita kenal sebagai bapa Yuji sendiri. Pada masa yang sama, Kenjaku mengambil alih badan Kaori Itadori (ibu Yuji), yang telah pun meninggal dunia pada ketika itu.

Kredit: Shueisha

Bersama Jin itadori, Kenjaku kemudian melahirkan Yuji. Secara teknikal, Sukuna ialah bapa saudara ataupun pakcik kepada Yuji, dan ini merupakan pendedahan terbesar dalam siri setakat ini.

Kredit: Shueisha

Ini juga bermakna bahawa Yuji amat istimewa. Pertama sekali, hal ini menerangkan mengapa Yuji dilahirkan dengan potensi yang besar memandangkan protagonis kita dilahirkan untuk menjadi hos kepada Sukuna. Ini juga menerangkan mengapa Yuji memiliki kekuatan fizikal yang dahsyat walaupun belum menjadi sorcerer.

Kredit: Shueisha

Seperti yang disahkan oleh Uraume sendiri, Yuji mempunyai potensi kuasa yang sama besar seperti Sukuna. Dalam JJK bab 257, Yuji mempamerkan kebolehan luar biasanya menentang Sukuna dengan melakukan tujuh serangan Black Flash secara berturut-turut, sedangkan abiliti ini memerlukan kemahiran dan potensi tempur yang besar untuk dilaksanakan.

Jujutsu Kaisen tersedia untuk dibaca melalui laman web dan aplikasi Manga Plus secara percuma. Jika berminat, anda boleh baca di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeJujutsu KaisenmangaSukunaYuji Itadori
ShareTweetSend
Previous Post

Xbox Game Pass Mei 2024 Tambah Tomb Raider, Kona II, Little Kitty & Banyak Lagi

Next Post

MyHolo TV Entertainment Dihentikan Selama Setahun, Efektif Sekarang

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
MyHolo TV Entertainment Dihentikan Selama Setahun, Efektif Sekarang

MyHolo TV Entertainment Dihentikan Selama Setahun, Efektif Sekarang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd