Selain daripada Sukuna, Jujutsu Kaisen ada seorang lagi antagonis yang telah hidup lebih daripada 1000 tahun. Antagonis yang kami maksudkan ialah Kenjaku. Kita telah bertemunya sebagai Geto dalam siri, tetapi siapa sebenarnya entiti bernama Kenjaku ini dan bagaimana dia boleh hidup sehingga sekarang?
Kalau anda penonton anime sahaja, artikel ini mempunyai spoiler. Jadi fikir dulu masak-masak sebelum membaca. Tanpa membuang masa, jom kita lihat serba sedikit tentang “ancient sorcerer” ini.

Kalau anda ingin tahu, Kenjaku mempunyai cita-cita untuk mengubah manusia dengan cursed energy. Untuk mencapainya, dia telah menggunakan Cursed Technique yang membolehkannya untuk memindahkan otaknya ke dalam badan berbeza untuk mengawal mereka. Sepanjang kehidupannya dia telah berpindah daripada satu badan ke badan yang lain. Jadi tidak peliklah mengapa dia masih hidup sehingga sekarang.

Antara individu yang berjaya dikawalnya ialah Noritoshi Kamo, yang membuatkan individu tersebut mendapat nama yang buruk serta dikenali sebagai sorcerer terjahat dalam sejarah. Selepas itu didedahkan bahawa dia telah mengawal badan ibu Yuji, iaitu Kaori Itadori.
Sekarang, dia berada dalam badan Suguru Geto yang telah dibunuh oleh Gojo. Tetapi ada sebab juga mengapa dia memilih Geto. Antaranya teknik Cursed Spirit Manipulation yang dimiliki lelaki itu.

Memandangkan Kenjaku pernah berada dalam badan mak Yuji, jadi secara tidak langsung Yuji sebenarnya anak kepadanya. Dia turut memberikan petunjuk halus mengenai hubungan antaranya dengan Yuji.
Sehingga sekarang, rupa sebenar Kenjaku tidak pernah diketahui. Mungkin satu hari nanti, kita akan didedahkan dengan rupa asalnya oleh pelukis manga. Teringin juga ingin tahu bagaimana dia akan teruskan rancangannya dengan segala teknik yang dikumpulnya.

Siri anime Jujutsu Kaisen tersedia di beberapa platform penstriman seperti Bilibili dan Netflix. Manga pula boleh dibaca melalui Mangaplus. Kami pasti anda juga tidak sabar untuk melihat musim kedua anime pada Julai nanti. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post