Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen Season 2 rasmi akan keluar pada tahun 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 14, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Jujutsu Kaisen Season 2 rasmi akan keluar pada tahun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Berita yang paling ditunggu-tunggu oleh komuniti anime akhirnya tiba dan selepas satu setengah tahun, Jujutsu Kaisen Season 2 secara rasminya telah diumumkan akan keluar pada tahun 2023.

TVアニメ『#呪術廻戦』第2期 2023年放送決定!!
さらに原作者・芥見下々先生より劇場版大ヒットと第2期決定のお祝いイラスト&コメントが到着!

そして、TVアニメ第1期が4/3より毎週日曜午後5時にMBS/TBS系列にて放送!また、2/23(水)19時~の特番もお楽しみに!

詳細はこちら▼https://t.co/SidBIxGfVE pic.twitter.com/MlWFoGuaHs

— 『呪術廻戦』アニメ公式 (@animejujutsu) February 12, 2022

Pada hari Sabtu lalu, TOHO Animation menganjurkan acara pentas ‘terima kasih’ untuk memperingati kejayaan tayangan teater filem Jujutsu Kaisen 0 dan, semasa acara ini langsung, ia telah dirasmikan bahawa Jujutsu Kaisen akan menerima sekuel tidak lama lagi.

Jujutsu Kaisen Season 2 akan mula disiarkan pada 2023 dan kemungkinan besar akan mempunyai sekurang-kurangnya 10-11 episod. Ini bermaksud ‘Shibuya Incident Arc’ akan dianimasikan sepenuhnya dalam satu musim. Seperti musim pertama, MAPPA akan bertanggungjawab ke atas produksi animasi walaupun mereka agak sibuk buat masa sekarang (AoT, Chainsaw Man).

Musim pertama Jujutsu Kaisen merangkumi 64 bab pertama yang ditamatkan di Death Painting Arc. Jadi, Jujutsu Kaisen Season 2 akan diteruskan dengan “Gojo’s Past Arc” yang memaparkan hubungan antara Gojo & Geto serta analisis yang lebih mendalam tentang personaliti Geto. Selain itu, arc ini akan memperkenalkan, Toji Fushigoro, iaitu ayah Megumi yang mempunyai peranan penting dalam jalan cerita. Pada masa yang sama, kita juga berpeluang melihat pertarungan epik antara Toji lawan Gojo. Jadi, banyak lah yang peminat boleh nantikan.

Berikut adakah sinopsis:

Dalam dunia di mana iblis memakan manusia, serpihan kecil dari iblis legenda Ryoma Sukuna hilang dan tersebar di dunia manusia. Sekiranya ada iblis yang memakan bahagian tubuh Sukuna, kekuatan yang diperolehi dapat menghancurkan dunia. Nasib baik, wujudnya sebuah sekolah misteri yang terdiri daripada ahli sihir Jujutsu untuk melindungi manusia dari ancaman alam ghaib!

Yuji Itadori adalah pelajar sekolah menengah yang menghabiskan hari-harinya dengan mengunjungi datuknya. Walaupun kelihatan seperti remaja biasa, kekuatan fizikalnya yang luar biasa adalah sesuatu yang tidak harus dipandang rendah! Setiap kelab sukan mahu dia, tetapi Itadori lebih suka bergaul dengan rakan-rakan di Occult Club. Suatu hari, kelab ini berjaya mendapatkan sejenis objek sumpahan, tetapi mereka tidak tahu keganasan yang bakal melanda mereka ketika mereka memecahkan meterainya…

Untuk segala liputan kami tentang Jujutsu Kaisen termasuk tarikh tayangan filem “0” di Malaysia, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2023animeJujutsu KaisenJujutsu Kaisen Season 2
Previous Post

[Review] Strixhaven: A Curriculum of Chaos – Rasai keseronokan Roleplay seperti pelajar Hogwarts!

Next Post

Anime Demon Slayer Season 3 diumumkan, memperkenalkan Love & Mist Hashira

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Anime Demon Slayer Season 3 diumumkan, memperkenalkan Love & Mist Hashira

Anime Demon Slayer Season 3 diumumkan, memperkenalkan Love & Mist Hashira

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd